GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pengalaman Susuri Li River Cruise Yangshuo Guilin Sesuatu Yang Istimewa

Setiap kali travel ke luar negara, antara aktiviti yang menjadi pilihan MrJocko ialah merasai sendiri keindahan alam semulajadi. Memandangkan di Guilin ada banyak tarikan eco-tourism, kami pilih untuk naik cruise. Ini cerita MrJocko dan Pengalaman Susuri Li River Cruise Yangshuo Guilin Sesuatu Yang Istimewa. 

Bukan hanya melihat sendiri keindahan pemandangan di Yangshuo tetapi juga merasai sendiri kesegeran udara di Li River Guilin dan juga melihat kejernihan air sungai terkenal di Guilin ini. Berani MrJocko katakan, ini kali pertama MrJocko melihat sendiri sungai yang begitu bersih dengan tambahan pemandangan gunung-ganang sekitar yang sangat memukau.

Li River Cruise Yangshuo Guilin

Li River Cruise Guilin Sesuatu Yang Istimewa

 

 

Pakej menyusuri Li River Cruise Yangshuo di Guilin ini antara yang famous di sini. Pakej ini ditawarkan dengan harga bermula dari CNY50 (RM30) dan ada banyak pilihan bot atau cruise yang boleh korang pilih bila tiba di Yangshuo Li River Cruise ini.

Ada pilihan bot rakit buloh, bot cruise biasa atau bot yang bertaraf 4.5 bintang untuk mereka yang nak rasa kemewahan. Harga semestinya berbeza, tetapi pengalaman untuk berada di Li River Cruise Yangshuo ini memang berbaloi.

Untuk info harga untuk cruise guna bot 4.5 Bintang berharga sekitar CNY750 (MYR460) untuk seorang, termasuk pengangkutan ke sini, makan dan minum.

 

 

Li River Cruise Guilin
Pakej Travel Murah ke Guilin bersama KSB Travel & Tours

Li River Cruise Guilin Li River Cruise Guilin Li River Cruise Guilin Li River Cruise Guilin

 

Kami berpeluang merasai pengalaman susuri Li River Cruise Yangshuo Guilin ini dengan menaiki bot yang bersaiz sederhana besar. Kalau tak silap harga untuk satu pax ialah CNY65 dan ia adalah perjalanan menyusuri Li River di Yangshuo ini selama 45 minit. Kalau nak diikutkan, termasuk masa sampai dan pulang, boleh anggarkan selama 2 jam waktu sesuai untuk berad di sekitar kawasan ni.

 

Li River Cruise Guilin
Pakej Travel Murah ke Guilin bersama KSB Travel & Tours

Li River Cruise Yangshuo

 

Selamat hampir 30 minit, perjalanan menuju ke point pertama di mana penghujung sungai yang berdekatan dengan gunung  dengan sungai berbatu halus. Di sini boleh dilihat air sungai yang jernih dengan di dalamnya lumut hijau yang sangat cantik.

Di satu perhentian, bot akan berhenti dan pelancong boleh bergambar bersama kawan-kawan dan keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan gunung-ganang Yungshuo. Kat sini, boleh bergambar sendirian atau menggunakan Burung Cormorant dengan bayaran hanya CNY5 (MYR3) sahaja.

Kalau nak dapatkan gambar yang siap dicetak, ia turut dijual dengan harga sekitar CNY50 (MYR30) dan boleh dicetaka beberapa keping termasuk cover album percuma.

Li River Cruise Yangshuo ni dibuka seawal jam 7.00 pagi. Kat sini waktu pagi lebih awal. Jadi sebaiknya, kalau nak rasai pengalaman di sini, sebaiknya tempah awal-awal dengan travel agency yang berdaftar.

 

Li River Cruise Guilin
Pakej Halal Muslim Murah KSB Travel & Tours

Li River Cruise Yangshuo

 

Kalau korang nak tahu banyak lagi tentang Li River Cruise Guilin, mungkin boleh baca soalan dan jawapan yang dikongsikan di laman web LonelyPlanet ini. Atau untuk informasi lain boleh rujuk kepada laman web Tripadvisor Guilin.

Untuk cerita dan pengalaman MrJocko melancong ke Guilin China boleh klik di link khas Guilin di blog Travel Blogger Malaysia ini, www.mrjocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.