Top 10 Destinasi Pilihan Percutian Bersama British Airways Tahun 2018

Hits: 630

Top 10 Destinasi Pilihan Percutian Bersama British Airways Tahun 2018 menjadi ramalan ramai penulis kembara seperti MrJocko. Ini adalah antara jangkaan yang MrJocko terima dari perkongsian dari syarikat penerbangan British Airways sendiri. Ia mungkin tidak memenuhi citarasa kita di Malaysia, tetapi, ia mungkin boleh dijadikan panduan untuk perancangan kembara anda pada tahun depan.

British Airways telah mendedahkan ramalan perjalanan tahunannya untuk tahun yang akan datang dan memilih Top 10 destinasi teratas untuk destinasi bersama British Airways 2018.

Top 10 Destinasi Pilihan Percutian Bersama British Airways

Top 10 Destinasi Pilihan Percutian Bersama British Airways

 

Senarai 10 destinasi percutian pilihan British Airways ini antaranya mengambil faktor seperti penganjuran acara sukan yang sangat dinanti-nantikan, laluan baru, pengaruh program TV dan banyak lagi. Ada juga yang mengatakan, pengaruh terkini Game of Thrones telah meletakkan Croatia dalam peta pelancongan yang baru. Beberapa destinasi lain termasuk juga Barbados dan Muscat.

Sebagai salah satu destinasi percutian yang paling diingini, Seychelles adalah destinasi ‘must-see’ untuk 2018. Terkenal sebagai pulau paling cantik di planet ini, Seychelles mempunyai sesuatu untuk semua orang, sama ada anda pencari ‘sunset’, pencari keseronokan untuk selam skuba dan juga pemandangan yang membiru.

Seychelles Flights : Return flights from London on British Airways’ World Traveller start from £695 (MYR 3,881.95), World Traveller Plus from £998 (MYR 5,547.37), Club World from £2,492 (MYR 13,919.17) and £3,492 (MYR 19,506.67) in First.

Top 10 Destinasi Pilihan Percutian Bersama British Airways
Seychelles

Top 10 Destinasi Pilihan Percutian Bersama British Airways

 

Bandaraya Toronto pula sentiasa berubah dan sentiasa inovatif, juga punyai ciri sebagai destinasi popular untuk dilawati. Kanada merayakan ulang tahun ke-150 pada tahun 2017 dan bandar Toronto mengetuai sambutan perayaannya. Ramai yang telah ke Kanada mengakui bahawa bandar itu adalah salah satu destinasi terbaik di Kanada.

Toronto Flights: Return flights from London on British Airways’ World Traveller start from £398 (MYR 2,223.27), World Traveller Plus from £773 (MYR 4,317.81), Club World from £2,062 (MYR 11,517.89) and £2488 (MYR 13,897.01) in First.

 

Antara bandar lain yang menjadi tarikan ialah Nashville, New Orleans, Seoul, New York, Oakland, Russia, Crotia dan juga Chile. Kesemua bandar ini mempunyai tarikan destinasi yang akan membawa ramai pelancong menjelang berakhirnya tahun 2018 nanti.

 

 

Sejujurnya, kalau dalam senarai yang diberikan oleh British Airways ni, destiansi New York adalah yang paling MrJocko teringin nak pergi. Ada banyak sebab kenapa MrJocko nak bercuti di New York, mungkin boleh MrJocko kongsi lain kali.

Banyak yang MrJocko dengar, kos melancong ke United States adalah lebih murah berbanding ke Eropah. Benar atau tidak, kena lah alami sendiri. 

Nak tempat tiket ke Top 10 Destinasi Pilihan Percutian Bersama British Airways Tahun 2018 boleh layari laman web British Airways Online http://britishairways.com

Baca : Kenapa Perlu Melancong Luar Negara MrJocko 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.