Tak Percaya Bateri Sony Xperia XZ Premium Tahan Cuaca Sejuk Salji

Hits: 1993

Setelah lebih sebulan guna smartphone Sony Xperia XZ Premium, dah banyak fungsi smartphone ini buka mata MrJocko. Antaranya ialah ketahanan bateri Xperia XZ Premium. Seakan Tak Percaya Bateri Sony Xperia XZ Premium Tahan Cuaca Sejuk Salji seperti cuaca bawah paras beku di Musim Sejuk Hokkaido.

Ini pengalaman sendiri MrJocko ketika guna smartphone Sony Xperia XZ Premium ketika travel ke Hokkaido dan guna smartphone ini dalam cuaca sejuk, serendah purata suhu -5° Celcius, cuaca sejuk dibawah paras beku.

Bateri Sony Xperia XZ Premium Tahan Cuaca Sejuk Salji

sony-xperia-xz-premium-review

 

Kalau di Malaysia, dengan cuaca yang sekitar 30° – 35° Celcius, dengan satu caj penuh dari pagi, boleh bertahan hingga ke waktu petang menjelang jam 8.00 malam, dengan kadar penggunaan biasa. Kalau heavy user, guna untuk menonton YouTube dan bermain game, boleh tahan hingga jam 5.00 petang. Sony Xperia ada fungsi sokongan caj cepat dan mod penjimatan kuasa.

Untuk informasi, smartphone Sony Xperia XZ Premium dilengkapi dengan bateri ‘tidak boleh alih’ berkuasa 3230 mAh yang diletakkan sekali dalam badan tebal bersaiz 7.9 mm. Kalau ikut kuasa, kuasa baterinya lebih besar dari kuasa bateri Samsung Galaxy S8 yang punyai hanya 3000 mAh.

Bila guna Sony Xperia XZ Premium tak perlu risau tentang bateri yang cepat habis.

 

review_sony_xperia_xz_premium_battery

Sony Xperia XZ Premium caj penuh pada jam 8.45 am waktu Hokkaido. Tertera bateri 97% dengan suhu -4° Celcius

 

review_sony_xperia_xz_premium_battery

Sony Xperia XZ Premium pada jam 4.29 pm waktu Hokkaido. Tertera bateri masih tinggal 39% dengan suhu -1° Celcius

Baca : Sample Gambar Kamera Sony Xperia XZ Premium

Puas hati bila guna Sony XZ Premium. Berbanding smartphone iOS iPhone 6 dan iPhone 7 yang digunakan, tidak sampai satu jam bateri berkurangan dengan cepat hingga ke 5% dalam suhu sejuk, tambah lagi suhu dibawah paras beku.

Kualiti bateri Samsung Galaxy S8 lebih baik sedikit dari iOS iPhone. Nampaknya ia boleh bertahan sehingga waktu tengahari. Namun, bergantung kepada penggunaan pemiliknya. Tetapi secara keseluruhannya, MrJocko berani katakan yang smartphone Sony XZ Premium ini mengatasi smartphone yang setara dengan nya seperti Galaxy S8 dan juga iPhone 7.

Bateri Sony Xperia XZ Premium

Bateri Sony Xperia XZ Premium
Bateri Sony Xperia XZ Premium

Bateri Sony Xperia XZ Premium

 

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa bateri smartphone dan kebanyakkan bateri elektronik lain akan cepat kehausan bateri (cepat habis) bila berada dalam keadaan cuaca sejuk. Ia melibatkan sains dan boleh semak mengikut cara masing-masing.

Sebaiknya, jika menggunakan produk elektronik yang ada bateri dan boleh di ‘switch on dan switch off’ lebih baik switch off jika ia tidak digunakan untuk mengelakkan dari kehabisan bateri. Atau, kalau kamera, sebaiknya, buka penutup dan letak bateri diluar agak ia tidak cepat hilang kuasa.

Untuk review bateri smartphone jenama lain di musim sejuk atau dalam cuaca suhu dibawah paras beku, mungkin boleh semak review dari Blogger Tech yang lain. 

Sumber Tambahan: http://www.techradar.com/reviews/sony-xperia-xz-premium-review/3

2 Comments on “Tak Percaya Bateri Sony Xperia XZ Premium Tahan Cuaca Sejuk Salji”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.