Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

Hits: 6026

Hari kedua di Hokkaido membuatkan MrJocko tak sabar nak main salji. Episod entry hari ni, cerita Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort. Kalau nak tahu, kawasan ini antara destinasi pelancongan yang agak eksklusif di Hokkaido kerana katanya kualiti salji di sini antara yang terbaik di Jepun.

Penginapan kami, Nonokaze Resort adalah resort yang menghadap Tasik Toya (Toya Lake) dan punyai pemandangan yang sangat cantik dan memukau. Kalau korang pernah tonton rancangan Jejak Jepun Zizan, ini adalah hotel yang pernah diinap oleh Zizan dan penggambaran di Lake Toya.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua

 

Waktu pagi, sarapan di in-house cafe Nonokaze Resort memang sesuatu yang terbaik. Lebih best sebab MrJocko mengenakan pakaian Yukata, baju tradisional orang Jepun. Dengan banyak pilihan menu halal, pastinya sarapan menghadap Tasik Toya (Toya Lake) antara pengalaman breakfast terbaik MrJocko.

Kredit gambar dan video terbaik dari kamera Sony Malaysia Sony A9 dan Sony G Lens 12-24mm 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

 

Di persekitaran Nonokaze Resort Hokkaido, salji sudah mula turun. Walaupun tidak lebat, tetapi ia cukup membuatkan MrJocko tak sabar nak main salji nanti. Bangun pagi, lihat kiri dan kanan, salji sudah mula memutih dan melimpahi bangunan, jalanraya, kereta dan tanah di Hokkaido. Sangat cantik.

Cuaca masa ni memang sejuk. Sekitar -5° Celcius. Kalau waktu paling sejuk, sekitar Lake Toya Boleh cecah hingga -10° Celcius. Sebab itu, winter coat, seluar, penutup kepala dan telinga serta kasut hendaklah guna yang sesuai. Kalau tak nanti korang akan kesejukkan.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usuzan Hokkaido

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

 

Dari Nonokaze Resort, kami check-out dan ke Mount Usu. Kalau di sini, mereka panggil tempat ini dengan nama Mount Usuzan. Ia lokasi bukit yang dijadikan destinasi pelancongan yang terkenal di Hokkaido. Ia mempunyai kawah gunung berapi yang masih lagi aktif dengan kawasan observation deck yang luas dan dapat melihat 360° pemandangan sekitar Lake Usu dan sekitarnya.

Apa yang menarik di Mount Usu? Nantikan ceritanya di blog MrJocko www.mrjocko.com

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Lake Toya

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

 

Hanya sekitar 30 minit perjalanan, kami ke Lake Toya. Kali ini nak cuba pengalaman menyusuri Tasik Toya Hokkaido ini dengan Cruise Espoir. Di sini ada perkhidmatan cruise mengelilingi sekitar Lake Toya dengan perjalanan selama lebih kurang 30 minit.

Dari cruise kita dapat lihat sendiri keindahan Lake Toya dari dekat dan juga pengalaman memberi burung Seagull makan. Semua ini ada di Lake Toya Hokkaido.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

 

Destinasi terakhir kami Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua, merasai pengalaman menginap di salah satu resort terbaik di Jepun. Rusutsu Resort di Hokkaido adalah destinasi pelancongan musim sejuk yang sangat popular di Jepun.

Ia antara tempat untuk aktiviti bermain Ski dan juga aktiviti Taman Tema yang terkenal bila diluar musim sejuk. Di sini, kami diberi peluang untuk main Ski dan juga Snow Mobile.

Jakun tetapi excited nak cuba main permaian ski. Nampak senang, tetapi MrJocko beberapa kali tersemban, terduduk dan jatuh macam nangka busuk. Nasib baik atas salji, tak membahayakan. Rupanya susah nak main batang ski ni…

Laman web rasmi Rusutsu Resort http://www.hokkaido-rusutsu.com

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua, seharian penat keliling Lake Toya Hokkaido, akhirnya diselamatkan dengan bilik penginapan Executive di Rusutsu Resort Hokkaido. Harga bilik di sini boleh tahan. Boleh baca di entry blog MrJocko review Rusutsu Resort Hokkaido di entry yang akan datang.

Tambah pula, masa makan malam, kami dihidangkan dengan menu Halal Muslim Japan di restoran khas di Rusutsu Resort. Memang kenyang dan terbaik. Menu seafood dengan cara masakan Jepun adalah antara kegemaran MrJocko.

Untuk pakej percutian Halal Muslim ke Jepun, boleh baca banyak informasi lain di laman web JNTO di link ini http://muslimguide.jnto.go.jp

 

One Comment on “Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.