Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa

Hits: 12740

Sapporo, bandar yang paling popular di Hokkaido. Hari keempat, kami ke destinasi paling popular di Hokkaido. Kali ini, nak kongsi pulak tentang Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa. Satu hari, kami teroka bandar Sapporo dengan menuju tempat menarik pilihan pelancong.

Sebelum ini, MrJocko ingat bandar Sapporo ni bandar kecil, rupanya silap. Sapporo antara bandar utama di Utara Jepun yang punyai sejarah dan keunikkan yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, Pulau Hokkaido ini adalah antara pulau yang paling dekat dengan Negara Russia, pasti punyai cerita lain yang masih belum ramai ketahui.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat

 

 

Memandangkan pada hari ketiga kami menginap di Hotel Butik yang terletak di tengah bandar dan bersebelahan dengan Tanukikoji Shopping Street, ia lebih dekat untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Ikan yang dikenali dengan nama Nijo Market (Nijo Fish Market Sapporo).

Pasar ikan ini antara pasar tertua di Sapporo dan banyak yang menarik di sini untuk pelancong terokai seperti produk King Crab (Ketam Alaska), Ikan Herring dan juga makanan laut segar. Tunggu cerita di blog MrJocko tentang Nijo Market Sapporo.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
Richmond Hotel Sapporo
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
King Carb Nijo Fish Market Sapporo
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
Njio Fish Market Sapporo

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa

 

Tidak hanya kedai menjual makanan laut, di Nijo Market ada juga restoran makanan laut yang menyediakan menu makanan laut yang segar dan menyediakan menu Sarapan Pagi sehingga menu makan malam. 

Selesai melihat aktiviti di Nijo Market Sapporo, MrJocko bergerak ke Hokkaido Sapporo TV Tower yang terletak hanya beberapa meter dari lokasi Nijo Market. Bangunan manara TV yang terkenal di Sapporo ini adalah antara menara TV yang utama di Hokkaido.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
Hokkaido Sapporo TV Tower
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
Tiket Masuk Hokkaido Sapporo TV Tower

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa

 

Dari kejauhan bandar Sapporo, dah boleh nampak menara Hokkaido Sapporo TV Tower ini. Warna merah sinonim dengan menara di Jepun. Ia seumpama mercu tanda old school bagi bandar Sapporo. Hingga kini, Hokkaido Sapporo TV Tower dikatakan cukup sinonim dengan ikon Sapporo.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
Shiroi Koibito Park Sapporo

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa

 

*Kredit gambar dan video terbaik dari kamera Sony Malaysia Sony A9 dan Sony G Lens 12-24mm 

Satu lagi tempat menarik di Sapporo ialah di Shiroi Koibito Park. Ini tempat wajib lawat kalau ke Sapporo kerana ia menyediakan tempat untuk taman terbuka Percuma dan juga ada Chocolate Museum. 

Lebih menarik di sini, MrJocko dan rakan-rakan blogger travel yang lain berpengalaman untuk mempelajari memasak Biskut di Ishiya Chocolate Factory. Dengan bayaran yang berpatutan, korang boleh rasai sendiri pengalaman membuat biskut dengan hiasan yan tersendiri.

Baca Shiroi Koibito Park Sapporo http://www.shiroikoibitopark.jp/english/

Ishiya Chocolate Factory Sapporo
Ishiya Chocolate Factory Sapporo
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
Ishiya Chocolate Factory Sapporo

 

Sapporo juga ada destinasi puncak observasi yang menjadi tumpuan ramai. Mount Moiwa antara destinasi popular penduduk tempatan untuk melihat pemandangan bandar Sapporo di waktu malam. Mount Moiwa (Mt. Moiwa) terletak di atas puncak dan akses utama ialah dengan menaiki kereta kabel (Mt. Moiwa Ropeway).

Kalau waktu siang pun, pemandangan disini ia agak menarik. Lebih menarik bila tiba waktu malam, lampu lampu di kejauhan bandar Sapporo memberi pemandangan ‘night landscape’ terbaik untuk Sapporo.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa
Mt. Moiwa Ropeway Sapporo

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat

Kalau diluar musim sejuk (winter season), berada di puncak Mt. Moiwa ini memang best. Ini kerana cuaca yang nyaman dan pemandangan yang sangat cantik. Tapi, kali ini di musim sejuk, suhu di atas mencecah -5° Celcius. Tambah lagi angin yang bertiup, tak sampai 10 minit di atas, MrJocko dah rasa kebas segalanya.

Masa untuk shopping, kami kembali ke Sapporo. Dan seperti lokasi semalam, kami ke Tanukikoji Shopping Street dan masuk ke tempat shopping bawah tanah yang menghala ke Stesen Subway dan LRT di Sapporo yang dikenali sebagai Pole Town Sapporo. Tunggu info tentang tempat shopping best di Sapporo ni di entry akan datang.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa

 

Kalau nak cari kasut murah, boleh singgah di banyak kedai di Pole Town dan Tanukikoji Shopping Street. Ada banyak kedai yang jual kasut berjenama, jauh lebih murah dari harga di Kuala Lumpur dengan rekaan terbaru dan terkini. Paling senang nak cari model terbaru kasut-kasut Nike, Adidas, Vans, Converse, Timberland dan banyak lagi boleh ke outlet ABC-mart Sapporo.

Di sini juga ada banyak kedai yang jual jam Casio G-Shock model baru dan lama keluaran Jepun dengan harga yang murah. Oh ya! ada satu lagi rahsia, nak kongsi di sini ada beberapa kedai jual barang-barang pre-loved dan second hand dengan harga yang sangat murah.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa

 

Cukup dulu dengan cerita Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa. Nanti MrJocko kongsikan satu-satu tempat menarik di Sapporo. Masa untuk rehat dulu dan kali ini MrJocko menginap di ANA Crowne Plaza Sapporo. Bilik dia best, besar dan antara yan terbaik di Sapporo.

Baca : MrJocko Melancong ke Sapporo http://www.mrjocko.com/tag/sapporo

2 Comments on “Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Keempat Sapporo Nijo Market Mount Moiwa”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.