Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Bear Park Onsen Hokkaido

Hits: 2533

Salji masih lagi turun di bandar Sapporo. Maklumlah musim sejuk di Sapporo memang antara musim terbaik di Jepun. Memasuki hari kelima, MrJocko kongsi lagi tentang Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Bear Park Onsen Hokkaido yang sememangnya unik berbanding destinasi percutian lain di Hokkaido.

Dari bandar Sapporo, kami ke Noboribetsu Park. Jarak perjalanan ia memakan masa selama 1 jam 30 minit. Itupun kalau tidak ada hujan salji yang lebat. Kalau tidak, ia akan memakan masa sehingga lebih dua jam. Kawasan ini antara kawasan yang mempunyai salji yang agak tebal.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima

 

Apa yang menarik di Noboribetsu Park?

Untuk informasi, Noboribetsu adalah lokasi yang terkenal dengan kawah gunung berapi. Kawasan di sini, peling menarik tumpuan pelancong dikenali sebagai Hell Valley. Katanya, telaga air mata gunung berapi ini panas sepanjang tahun dan dipenuhi dengan sulfur gunung berapi yang terbaik. 

Tidak hairan kalau di sini ada banyak hotel yang menyediakan pakej penginapan dengan servis mandian Onsen terbuka dan juga pakej bilik Onsen Peribadi kepada pengunjung di sini. Nantikan cerita MrJocko untuk berkongsi cara mandi Onsen di Jepun. 

Cerita penuh untuk episod Noboribetsu Park akan MrJocko share di entry blogpost lain. Ini hanya sedikit teaser tentang Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Bear Park Onsen Hokkaido.

*Kredit gambar dan video terbaik dari kamera Sony Malaysia Sony A9 dan Sony G Lens 12-24mm 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Bear Park Onsen Hokkaido
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Bear Park Onsen Hokkaido

 

Walaupun cuaca di sini sejuk, suhu berada di bawah negatif, bau sulfur dan air panas kawah gunung berapi di sini sentiasa menggelegak. Kalau di Owakudani Hell Valley, ada disediakan Telur Rebus Hitam dijual untuk pelancong. Tapi di sini, mereka tidak menyediakan menu telur rebus hitam.

Oh ya! suhu semakin sejuk sebab salji turun semakin lebat. Lagipun, angin kat sini memang membuatkan kulit terasa semakin kebas. Sejuk yang amat.

 

 

Menu makanan kami tengahari dihidangkan di Hotel Noboribetsu Onsen Hokkaido. Of course ada menu makanan halal dan menu kami hari tu ialah menu Sashimi Jepun dengan King Crab. Sedap? Pastinya sedap kalau ada menu King Crab.

Lepas makan, kami singgah mandi Onsen. Kat sini ada Public Onsen dan juga Private Onsen. Onsen ialah tempat mandi air panas dari sumber kawah gunung berapi di Jepun. Ia adalah aktiviti mandian paling popular di Jepun. Cara nak mandi Onsen, kena la mandi bogel. 

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Onsen Hokkaido
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Onsen Hokkaido

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Onsen Hokkaido

 

Rezeki kami, diberi bilik private Onsen. Kalau pakej private Onsen yang biasa ialah JPY3000 untuk tempoh masa satu jam. Bilik sebesar bilik hotel ini mempunyai kemudahan kolam mandian Onsen yang sesuai untuk memuatkan 2 orang, ruang mandi, ruang menunggu, bilik air dan juga kemudahan TV dan juga toiletries.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Noboribetsu Onsen Hokkaido
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Private Onsen Hokkaido

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Private Onsen Hokkaido

 

Semestinya, kalau ke Jepun, mesti cuba mandian Onsen, air panas dari kawah gunung berapi ini. Sesetengah hotel menyediakan servis ini secara PERCUMA. Tetapi, untuk servis Public Onsen Jepun, ia dikenakan harga sekitar JPY500 untuk seorang.

Lupa pulak. Sebelum mandi Onsen, kami singgah dulu di Noboribetsu Bear Park. Taman Beruang ini antara yang terbesar di Hokkaido. Dalam taman beruang ini ada lebih dari 100 ekor beruang yang dijaga dan ditempatkan di sini sepanjang tahun.

 

 

Untuk ke Noboribetsu Bear Park, kena naik kereta kabel (Noboribetsu Ropeway). Ini kerana ia terletak di puncak bukit dan disediakan kawasan yang sesuai dengan pemuliharaan beruang di Hokkaido. 

Untuk informasi lanjut tentang Noboribetsu Bear Park dan Tiket Masuk ke sini nanti jangan lupa baca di blog MrJocko. Ada entry khas untuk Noboribetsu Bear Park.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Ana Crowne Plaza Chitose
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kelima Ana Crowne Plaza Chitose

 

Sebelum ini, boleh dulu layari laman web Noboribetsu Park di sini http://bearpark.jp/wp-content/themes/dazzling-child/image/2016en.pdf atau boleh baca dulu cerita MrJocko di Hokkaido di entry ini MrJocko Melancong ke Hokkaido.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.