Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

Hits: 3570

Hari ketiga di Hokkaido, kulit dah rasa mula kering. Maklum la, jarang experience musim salji. Sebab itu, kena jaga kulit dengan lotion untuk melembabkannya supaya tidak kering. lagi pun, nak jalan lagi. Ini sambungan cerita Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga yang mana kami teroka Otaru Canal Music Box Tanukikoji Shopping Street di Sapporo.

Dari kawasan pergunungan percutian tanah tinggi di Rusutsu Resort (Resort Ski Rusutsu), kami ke persisir pantai menghadap Sea of Japan (Laut Jepun). Kali ini kami akan teroka satu lagi destinasi pelancongan popular di Hokkaido iaitu Otaru Canal. Otaru Canal antara tempat menarik di Hokkaido ang wajib korang lawat.

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo
Otaru Street Hokkaido

Kalau belum baca tentang Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua, boleh klik link ini :

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort

Kami check-in seawal jam 8.30 dari Rusutsu Ski Resort. Sayang sebenarnya nak tinggalkan Ski Resort seperti Rusutsu ini kerana kami masih lagi tak puas. Walaupun hari sebelumnya, kami jatuh dan tergolek dengan kayu ski, tapi ia satu pengalaman yang terbaik belajar bermain ski di Hokkaido.

Secara peribadi, Rusutsu Ski Resort Hokkaido boleh MrJocko rumuskan antara destinasi percutian musim sejuk terbaik di Hokkaido. Salji yang halus, lembut dan ringan serta aktiviti yang pelbagai disamping tawaran pilihan bilik hotel yang sangat cantik.

*Kredit gambar dan video terbaik dari kamera Sony Malaysia Sony A9 dan Sony G Lens 12-24mm 

 

percutian_musim_sejuk_hokkaido
Rusutsu Resort Hotel

 

Jarak perjalanan menggunakan kenderaan seperti kereta dan van dari Rusutsu Ski Resort ke Otaru Canal memakan masa selama sekitar 1 jam 3o minit. Sepanjang jalan, kiri dan kanan boleh lihat salji yang menebal dan adakalanya mencecah setinggi hampir 3 meter. Ini adalah awal musim salji. Mengikut kata Tour Guide kami, kalau musim yang ‘peak’ ia boleh mencecah tinggi sehingga 11 meter. bayangkan betapa tinggi salji yang turun di sekitar Rusutsu Ski Resort Hokkaido.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo
Pengalaman Main Salji di Hokkaido

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

 

Otaru Canal di Hokkaido ada simpan banyak cerita sejarah. Waktu Perang dulu, ia digunakan sebagai salah satu pengantara untuk kegunaan pada masa itu. Kalau dulu ia memang luas, tapi kini sudah disempitkan dan dijadikan salah satu destinasi pelancongan di sekitar Hokkaido.

Nanti tunggu cerita tentang tempat menarik di Hokkaido yang akan MrJocko kongsi tentang kisah sejarah Otaru Canal ini. View di sini cantik, tak kira musim sejuk atau musim lain dan berbaloi untuk dilawati.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo
Otaru Ice-cream

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

 

Masjid Otaru Hokkaido

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

 

Menu makan tengahari kami, macam biasa menu Tradisi masyarakat Jepun. Menu seafood dengan tambahan menu Ikan Herring bakar. Ikan Herring ini kalau tidak silap sama macam Ikan Kurau di Malaysia. Ia jenis ikan yang ada banyak telur dan biasanya perutnya akan sentiasa penuh dengan telur. Telur ikan Herring ini antara tarikan utama kalau makan menu ini.

Menu lain seperti Ikan Salmon, Udang dan juga Sotong. Nasik baik ada sup panas, boleh la celup seafood mentah ni dulu sebelum makan. Sekarang mesti korang perasan, kenapa orang Jepun tak ramai yang gemuk? Sebab mereka banyak makan menu sihat…

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

 

Kawasan pekan Otaru juga ada lokasi shopping yang menarik. Yang terkenal ialah Otaru Sakaimachi Shopping Street. Nak lagi menarik boleh jalan beberapa minit lagi ke Otaru Miyakodori Shopping District. Tak jauh sebenarnya, tetapi kami agak kekurangan masa, jadi sempat singgah hanya di Sakaimachi Shopping Street.

Ada banyak yang menarik di sini, termasuk banyak produk keluaran negara Jepun. Ada juga koleksi kedai cenderahati dan juga restoran terkenal termasuk kedai Cheese Tart Hokkaido, Aiskrim dan yang paling terkenal ialah Museum Music Box (Musicbox Kaimero Ironai)

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

 

Yang menarik, ada satu kedai di Otaru ini menyediakan servis membuat Music Box DIY. Korang boleh pilih muzik box yang korang minat, hias dengan aksesori dan kemudian boleh dibawa balik dengan harga yang berpatutan.

Kalau tak nak buat, pilih sahaja ribuan koleksi mainan Music Box yang ada dari sekecil-kecil hingga ke saiz yang paling besar.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo
Otaru Canal Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo

 

Di sebabkan view di Otaru Canal sangat cantik pada waktu malam, kami singgah sekali lagi di sini untuk melihat keindahan Canal ini di waktu malam, dengan limpahan cahaya lampu. Ya memang cantik dan sangat memukau. Tapi,,, sejuk di musim winter ni, sampaikan rasa kebas muka hingga ke tulang temulang.

30 minit sahaja kami di sini kemudian terus bergerak ke pusat bandar Sapporo. Destinasi kami di Tanukikoji Shopping Street dan inapan kami di Richmond Hotel Sapporo.

 

Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo
Kedai Kasut ABC-mart Jepun
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Ketiga Otaru Canal Music Box Sapporo
Bilik Hotel Richmond Tanukikoji Sapporo

 

Best hotel Richmond ini sebab hanya terletak di sepanjang Tanukikoji Shopping Street. Ada 7 blok pusat beli belah terbuka dan ia memang tumpuan dan tempat menarik di Hokkaido. Nak tahu apa lagi yang menarik di Tanukikoji, nanti baca di entry blog akan datang. Jangan lupa subscribe blog Travel Blogger Malaysia MrJocko.

Baca : http://www.mrjocko.com/2017/12/percutian-musim-sejuk-hokkaido-hari-kedua.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.