GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Review TR Fire Grill Malaysia Menu Sedap Kuala Lumpur Untuk Kaki Makan

Bosan dengan menu franchise biasa? Mungkin korang perlukan menu yang lebih mencabar dengan ‘buah tangan’ signature dish Chef hebat yang berbeza dari menu biasa. Sebab itu, MrJocko nak kongsi Review TR Fire Grill Malaysia Menu Sedap Kuala Lumpur Untuk Kaki Makan. Lokasinya di Tingkat 6 Pavilion Kuala Lumpur.

Lebih kepada menu yang menggunakan cara masak bakar, gril dan berkaitan dengan panggang juga ‘smoked’, teknik seperti ini dilihat lebih sihat berbanding menu biasa menggoreng dan bahan yang berminyak.

Konsep cara masakan di Restoran TR Fire Grill ini sebenarnya berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Menu yang telah banyak kali menerima anugerah antarabangsa ini kini dibawa ke Malaysia untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia tentang pengalaman kulinari terbaik dunia.

Review TR Fire Grill Malaysia Menu Sedap Kuala Lumpur

review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05

 

Memandangkan lokasi restoran TR Fire Grill Malaysia ini terletak di pusat membeli belah terkenal Pavilion Kuala Lumpur, ia memang lokasi yang mudah akses, senang di cari dan sangat selesa untuk semua.

Mereka menyediakan menu makanan dari menu ‘Brunch’ (Breakfast + Lunch), menu makan tengahari, minum petang dan juga menu makan malam yang pastinya berbeza dengan menu-menu restoran lain di Malaysia.

Restorann TR Fire Grill sebelum ini telah banyak menerima anugerah dan di Malaysia mereka memperkenalkan menu terbaik mereka seperti Red Velvet Pancake, 1/2 Pound Sunday Morning Burger, Quinoa & Black Bean Burger, Salmon & Zoodles dan yang paling unik ialah menu Chicken & Waffles. Tidak lupa, satu lagi menu yang wajib korang cuba kalau ke sini ialah menu Wonut, gabungan waffle dan juga donut.

 

review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05
Salmon & Zoodles TR Fire Grill Malaysia
review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05
Salmon & Zoodles TR Fire Grill Malaysia
review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05
Chicken & Waffles TR Fire Grill Malaysia

 

MrJocko sendiri mencuba menu Chicken & Waffles, Salmon & Zoodles dan semestinya Tenderloin Steak yang memang sedap. Rasa untuk menu Tenderloin yang di bakar grill ni memang unik sikit. Isi luar agak garing, pilihan MrJocko. Isi dalam Medium Rare, memang awesome bila dimakan dengan sos pilihan. Yummy!!!

MrJocko bukan peminat ayam, tetapi kegaringan ayam di menu Chicken & Waffles memang unik. Korang kena cuba dulu baru boleh cerita panjang…

 

review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05 review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05 review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05 review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05 review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05

 

Bagi mengekalkan kualiti rasa, citarasa premium, semua daging di sini adalah 100% all-natural beef tanpa antibiotik, hormon atau GMO. Sos dan juga kuah tambahan adalah dibuat sendiri oleh Chef di sini dengan citarasa yang berpadanan dengan menu yang disediakan.

Kalau nak tahu, TR Fire Grill Malaysia dioperasikan oleh syarikat Pier Seafood Sdn Bhd, syarikat milik penuh Revenue Valley Sdn Bhd yang mana syarikat sama yang mengendalikan operasi Restoran Tony Roma’s Malaysia, melalui anak syarikat mereka Grand Companies Sdn Bhd.

 

Review TR Fire Grill Malaysia Menu Sedap Kuala Lumpur
Review TR Fire Grill Malaysia Menu Sedap Kuala Lumpur

review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05 review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05 review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05 review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05

 

Dengan bahasa mudah, menu yang ada di restoran TR Fire Grill Malaysia adalah menu inspirasi dari Amerika tetapi digunakan gaya Malaysia untuk rasa yang lebih memikat. Menu di sini, pasti akan memukau citarasa siapa sahaja sebab ia bukan sahaja unik tetapi mungkin korang boleh makan menu-menu ini, hanya di TR Fire Grill Malaysia sahaja.

Sempena dengan promosi restoran, mereka kini sedang mempromosikan beberapa menu yang menarik untuk korang cuba. Antara yang menarik promosi makanan pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Mesti cuba menu Soup of the Day MYR5.00, Harvest Salad MYR12.00, Oven Roasted 1/4 Chicken, Flatbread & Salad Combo, Smoked Chicken mac & Cheese setiap satu bernilai MYR16.00 sahaja. 

Tidak lupa menu Crispy Chicken Sandwich MYR22.00 dan juga Smoked Meatloaf Sandwich dengan harga MYR25.00. Wah!!! menarik bukan?

 

review_tr_fire_grill_malaysia_menu_sedap_kuala_lumpur_05

 

Untuk menu lain yang lebih banyak dan pelbagai boleh layari Menu TR Fire Grill Malaysia di link ini http://www.trfiregrill.com.my/pdf/TRFG_KL-Dinner.pdf

Nak tahu apa lagi menu makanan yang pernah MrJocko review boleh klik di link di bawah www.mrjocko.com/tag/food_review

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.