Hotel Review Ana Crowne Plaza Hotel Sapporo Bilik Suite JPY48,450

Hits: 122

Sepanjang Media Trip yang MrJocko sertai sebagai Travel Blogger Malaysia, banyak rezeki diberikan untuk menginap di hotel bertaraf 5 Bintang dan juga bilik Suite. Alhamdulillah, masa ke Sapporo, juga diberi peluang untuk merasai pengalaman menginap di bilik Suite. Saya kongsikan pengalaman Hotel Review Ana Crowne Plaza Hotel Sapporo Bilik Suite JPY48,450 (MYR1,762).

Kebanyakkan hotel di Jepun mempunyai struktur binaan bangunan luar yang hampir sama. Nampak sangat bentuk 4 segi. Namun, binaan dalamannya punyai keunikkan tersendiri. Macam lobby Ana Crowne Plaza Hotel ini, sangat luas dan tersergam indah.

Hotel Review Ana Crowne Plaza Hotel Sapporo
 

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

 

Lokasi hotel ini sebenarnya terletak di tengah bandaraya Sapporo. Ia hanya sekitar 5 minit berjalan kaki ke Sapporo Station Hakodate Line atau ke Sapporo Station Namboku Line. Jadi kalau nak ke Tanukikoji Shopping Arcade, boleh saja nak jalan kaki yang mengambil masa selama 20 minit atau menaiki keretapi subway dengan tempoh masa 12 minit dengan kos JPY200.

Kalau naik teksi, harga pun tak mahal, sekitar JPY700.

 

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo
 

Seperti biasa, untuk bilik hotel, MrJocko akan mulakan dengan bilik air, toiletries, mini bar dan juga wardrobe. Untuk bilik Suite di Ana Crowne Plaza Hotel Sapporo ini, ia memang luas dan besar. Wow!!! Untuk kali ini, junk foods, minuman dan juga biskut, segala makanan dalam bilik adalah PERCUMA. Wow lagi…

Untuk ruang bilik utama, memang luas. Sebelah kanan MrJocko ada ruang kerja yang mana terletak meja kerja, kerusi dan juga cermin dinding. Bersebelahannya ada Coffee Maker dengan plihan Latte, Cappucino atau Mocha. Teh pun ada.

Hadapan, ada sofa dan boleh memuatkan sekitar 4 orang duduk. Luas kan?

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Bilik Suite Ana Crowne Plaza Hotel Sapporo yang MrJocko diami ini punyai dua tingkap dan cermin menghadap bangunan lain. Memandangkan ia di tengah bandar, hanya bangunan sahaja yang menjadi pemandangan sekeliling. Bila dibuka langsir, ia memang nampak lagi luas, tak seperti bilik hotel biasa di Jepun.

Ana Crown Plaza Hotel Sapporo

Bilik Suite ini punyai dua katil Super Single. Di sebelahnya diletakkan LED TV dengan saiz sebesar 42 inci. Dengan sistem automatik dan juga semua saluran adalah dalam HD.

Untuk kemudahan, diletakkan sekali dalam bilik suit ini ‘ionizer’, seterika khas untuk seluar. Di dalam wardrobe, diletakkan tote bag untuk laundry, shoe polish, seterika dan beberapa lagi barang yang MrJocko dah lupa. Pendek kata, kalau menginap di Bilik Suite Ana Crowne Plaza Hotel ini, tak perlu risau tentang benda lain kerana ia memang sudah lengkap. Tak cukup, boleh request dengan pihak Room Service.

Walaupun semalam sahaja menginap di sini, tetapi ia sangat puas hati. InsyaAllah, ada rezeki MrJocko singgah lagi ke sini.

Mencari lokasi alamat hotel ini, boleh tuju ke 1-2-9 Nishi, Kita 3-jo, Sapporo-shi, Hokkaido, Japan. Atau layari laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut dan tempahan bilik secara online di Ana Crown Plaza Hotel Sapporo.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.