Nijo Market Sapporo Pasar Ikan Jual Menu Makanan Laut Yang Murah

Hits: 667

Makanan laut antara menu utama di Sapporo. Lagipun, untuk orang Islam, kalau ke Jepun, makan makanan laut adalah pilihan utama kerana mudah untuk dapatkan menu Halal Muslim. Lokasi yang mesti anda lawat ialah di Nijo Market Sapporo Pasar Ikan Jual Menu Makanan Laut Yang Murah.

Pasar Nijo (Nijo Fish Market, Nijō Ichiba) adalah pasar awam yang terletak di pusat bandar Sapporo. Nijo Market ini menjadi antara tempat kunjungan ramai penduduk sekitar, pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara untuk membeli produk tempatan yang segar dan makanan laut seperti ketam, telur salmon, landak laut dan pelbagai jenis ikan yang dijual.

Nijo Market Sapporo Pasar Ikan

Nijo Market Sapporo

Nijo Market (Nijo Fish Market) ini dibuka setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Satu blok bangunan ini menjual pelbagai produk segar dari laut termasuk kedai makanan laut dan juga produk makanan laut yang sudah dibungkus.

Di sini juga ada gerai kecil dan restoran di sepanjang koridor yang sempit dipanggil Noren Yokocho untuk pelancong menikmati minuman dan menu makanan laut cara orang Jepun.

Ada yang kata, cara terbaik untuk merasai pengalaman di Nijo market ialah dengan bersarapan makanan laut yang segar di salah sebuah restoran di Nijo Market. Antara menu yang paling popular ialah Ikura Donburi, sejenis menu landak laut dan salmon telur yang disediakan bersama beras. Tak pasti samada ia halal atau tidak, boleh semak dengan mereka yang lebih arif.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik

Nijo Market Sapporo

Nijo Market Sapporo

Bagi mereka yang suka menu makanan laut, di sini boleh beli Ketam Snow Crab Jepun yang dikatakan antara ketam terbaik di dunia. Boleh beli dan di’pack’ dengan kemas dan boleh dibawa pulang ke Malaysia.

Selain itu, boleh juga beli beberapa makanan laut lain seperti scallop, udang kering, ikan salmon dan beberapa makanan launt yang telah siap dibungkus dengan harga yang murah. Kata orang, di sini, telur ikan pun dijual dengan harga yang murah berbanding di Malaysia.

Nijo Market Sapporo Hokkaido

Nijo Market Sapporo Pasar Ikan ini terletak kira-kira tiga blok arah Selatan dengan Sapporo TV Tower (Menara TV Sapporo) di Odori Park. Ia hanya kira-kira lima minit masa berjalan kaki dari Stesen Odori di Nanboku, Toho dan Tozai Subway Lines.

Kalau dah ke Sapporo, lokasi Nijo Market Sapporo Pasar Ikan ini adalah lokasi wajib untuk anda singgah. Kalau tak beli makanan laut, buleh singgah untuk sarapan pagi atau makan tengahari dan juga makan malam dengan menu Ketam Snow Crab yang terkenal di Jepun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.