Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

Hits: 213

Beruang antara Ikon yang agak popular di Hokkaido. Beruang Coklat yang dikatakan banyak hidup di Pulau Hokkaido ini antara khazanah unik dan menjadi tarikan pelancong ke Hokkaido. Untuk itu, MrJocko dan rakan blogger turut dibawa ke Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit.

Untuk sampai ke Noboribetsu Bear Park, anda perlu menaiki ropeway (kereta kabel) di Stesen Sanroku, terletak di kawasan air panas Noboribetsu. Ia mengambil masa selama 7 minit perjalanan dengan ketinggian 1,260 m. Ia perjalanan menaiki buki dimana terletak Taman Beruang Noboribetsu.

Noboribetsu Bear Park Hokkaido

 

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

 

Noboribetsu Bear Park adalah antara tempat tarikan pelancong ke Hokkaido. Ia berada sekitar 550 m di atas puncak gunung Shihorei (biasanya dikenali sebagai Kuma-yama yang bermaksud Gunung Beruang). Ia juga terletak sebelah tenggara Noboribetsu Hot Spring, salah satu perkampungan Hot Spring yang paling terkenal di Jepun.

Kawasan ini, Noboribetsu Bear Park adalah taman yang menempatkan kira-kira 140 beruang coklat dan beruang hitam Asia, bergerak bebas dalam kandang khas yang disediakan. Anda akan dapat melihat mereka bergerak sekitar kawasan, memberi makan dan pada sesetengah masa dapat melihat mereka melakukan pertunjukan mengimbangi bola, melompat melalui gelung api dan menunggang basikal.

Ini mungkin peluang seumur hidup anda, berpeluang memberi makan Beruang Coklat yang dipelihara di sini. Makanan beruang ini boleh dibeli di sini dengan harga sekitar JPY200 sahaja. Anda akan teruja melihat beruang ini merayu supaya melontarkan makanan kepada mereka. Memang kiut!!!

 

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

 

Unik, di sini disediakan Sangkar Manusia. Ia sebuah kawasan Cermin yang membolehkan manusia berada di dalamnya dan melihat dengan dekat Beruang Coklat ini. Dari dalam, kita boleh memberikan makanan kepada mereka dan rasa seperti dekat dengan beruang tersebut tanpa rasa takut. Masa di dalam Sangkar Manusia ini, boleh kita melihat beruang ini dengan teliti, melihat mata, telinga, hidung, dan juga kukunya yang agak tajam.

MrJock diberitahu, ada beberapa pertunjukkan Beruang di adakan di sini. Malangnya ketika kami sampai, ribut salji agak juat. Jadi kami tidak berkesempatan untuk pertunjukkan beruang.

Jika ada pertunjukkan, anda boleh menikmati pertunjukan beruang hitam Asia di “Kumayama Show (Persembahan Gunung Beruang)”. Kalau nak tahu, beruang adalah haiwan yang mempunyai keseimbangan yang baik dan kaki sempurna. Mereka boleh menunjukkan pelbagai persembahan seperti tunggangan swing, tunggangan basikal, tangan, mengimbangi bola dan juga bermain bola keranjang.

Baca : MrJocko dan Kembara ke Hokkaido

 

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

 

Satu lagi yang menarik, ialah untuk ke Brown Bear Museum (Muzium Beruang Coklat). Selain dari sejarah berkenaan beruang, di bahagian atasnya mempunyai Dek Pemerhatian Tasik Kuttara yang cantik. Anda boleh menikmati pemandangan Raiba-dake (Gunung Raiba), Orofure Pass, dan Tasik Kuttara yang dikenali sebagai mempunyai kualiti air terbaik di seluruh Jepun. Pada hari yang cerah, anda juga dapat melihat Semenanjung Shimokita di wilayah Aomori di atas laut.

 

Noboribetsu Bear Park Hokkaido Taman Beruang Di Puncak Bukit

 

Tiket masuk ke sini berserta dengan Tiket Kereta Kabel (Ropeway) ialah JPY2,520 (MYR92) untuk dewasa dan JPY1,260 (MYR46) untuk kanak-kanak.

Nak lihat banyak lagi gambar dan info, boleh baca di laman pautan ini Ikidane Nippon Noboribetsu Bear Park.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.