Otaru Music Box Museum Di Hokkaido Jepun Ada Ribuan Orgel

Hits: 101

Selain terkenal dengan Otaru Canal, menu makanan ikan Herring, di Otaru juga ada muzium yang wajib anda lawati kalau ke Hokkaido. Di sini, terletaknya Otaru Music Box Museum Di Hokkaido Jepun Ada Ribuan Orgel yang boleh anda lihat dan beli. Pelbagai jenis pelbagai model dan bunyi.

Ada yang diperbuat dari kayu, plastik, aluminium logam dan banyak lagi variasi Music Box dipertontonkan di sini. Tidak hanya untuk tontonan, banyak model di sini dijual sebagai barangan cenderahati dan kenang-kenangan.

Otaru Music Box Museum Di Hokkaido

Nama sahaja muzium, tetapi ruang legar di tingkat bawah adalah dibuka secara percuma. Ia kerana sebahagian besar bahagian bawah adalah untuk jualan. Ruang ini menempatkan jutaan koleksi music box atau orgel yang menjadi salah satu minat orang Jepun sejak dulu.

Anda mungki akan terpesona kerana ada banyak jenis, bentuk, saiz dan pelbagai bunyi yang menarik untuk di cuba.

MrJocko sendiri kagum bila melihat sendiri koleksi music box atau orgel yang ada di sini. Kebanyakkannya adalah untuk dijual dan boleh di beli dengan harga serendah JPY1000 (MYR37).

Kalau nak yang lebih cantik dan bunyi lebih sedap, sudah pasti harga yang ditawarkan adalah lebih mahal memadai dengan kualiti binaan Music Box itu.

otaru-musix-box-museum

otaru-music-box-museum

otaru-music-box-museum

otaru-music-box-museum

Baca : MrJocko dan Cerita tentang Hokkaido

Anda mungkin akan habiskan masa selama beberapa jam di sini kerana tidak punas melihat koleksi music box dan orgel. Kalau rajin, boleh dengan satu persatu bunyi lenggukkan muzik yang ada dalam Music Box tersebut.

otaru-music-box-museum

otaru-music-box-museum

Kenapa lokasi Otaru Music Box Museum ini menarik? Ini kerana mereka menyediakan jualan produk Music Box dan mempunyai kedai khas untuk Music Box sahaja terbesar di Jepun. Selain itu mereka turut menyediakan kelas membuat Music Box sendiri dengan percuma. Anda cuma perlu membeli pakej Music Box mana yang anda mahu.

Lagipun, kalau nak tahu, binaan Otaru Music Box Museum ini adalah dari bangunan lama dan bersejarah di Otaru, menjadikan ia lebih nilai eksotik untuk semua pelancong.

otaru music box museum

otaru music box museum

Layari laman web Otaru Music Box Museum untuk informasi lebih lanjut dan gambar menarik tentang Otaru.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.