GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory Sapporo Kilang Coklat Di Hokkaido

Selain Salji, produk coklat antara tarikan yang popular di Hokkaido. Di Sapporo ada beberapa kilang membuat coklat. tetapi yang paling popular ialah di Shiroi Koibito Park Chocolate Factory Sapporo Kilang Coklat Di Hokkaido. Lokasi ini menyatukan beberapa tempat menarik seperti Ishiya Chocolate Factory, White Lover Park dan juga Shiroi Koibito Souvenir Shop.

Secara umum, Shiroi Koibito Park adalah kawasan yang luas meliputi beberapa bahagian yang hebat mengumpulkan cita rasa coklat yang lazat, keseronokan dan kisah gula-gula dari zaman dahulu. Ia jua mempunyai kilang membuat coklat, Shiroi Koibito Park Chocolate Factory, yang mana terkenal di Hokkaido.

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory Sapporo

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Di taman ini juga, ia mempunyai sebuah kafe untuk membolehkan pengunjung menikmati gula-gula asli Ishiya, Cookiecraft Studio dan Rose Garden.

Tiket masuk ke Shiroi Koibito Park Chocolate Factory ialah JPY600 (MYR21) untuk dewasa dan JOY200 (MYR7) untuk Kanak-kanak. Untuk ke White Lover Park adalah percuma. Cuma untuk masuk ke Kilang Coklat dikenakan bayaran.

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Jika sekiranya anda sampai di Shiroi Koibito Park, sekiranya tak nak masuk ke ruang kilang coklat, masih boleh berada di luar White Lover Park untuk menikmati pemandangan taman yang cantik dan juga ruang cafe untuk menikmati minuman coklat.

Memasuki ruang utama Ishiya Chocolate Factory, ada beberapa tingkat. Antaranya ialah ruang utama kilang coklat, ruang pameran produk coklat, ruang pameran cawan coklat dari seluruh negara dan juga ruang untuk aktiviti memasak biskut yang berasaskan coklat. Untuk kelas memasak biskut, ada bayaran tambahan dikenakan.

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik

Dalam bangunan ini ada satu sudut yang mereka letakkan pelbagai jenis manisan, kek dan juga produk yang dihasilkan dari coklat yang dibuat di sini. Ruang cafe di sini selalunya penuh dengan pelanggan dan yang mesti and cuba ialah produk Kek Coklat, puding, biskut, manisan serta Hot Chocolate yang di sediakan di Ishiya Factory Sapporo.

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

prayer room Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Untuk tetamu yang beragama Islam, ada ruang solat (prayer rooms) disediakan untuk lelaki dan wanita. Ruang solat ini boleh memuatkan beberapa orang gdalam satu masa. Lebih mudah kerana di dalam ruang solat ini di sediakan tempat mengambil wuduk. Thumbs up kepada pengurusan Shiroi Koibito Park.

prayer room Shiroi Koibito Park Chocolate Factory

Untuk dapatkan informasi lebih lanjut tentang Kilang Coklat, White Lover Park, Ishiya Chocolate Factory boleh layari di laman web Shiroi Koibito Park.

Untuk ke Shiroi Koibito Park Chocolate Factory Sapporo, anda boleh memandu sendiri, menaiki teksi (JPY1500) atau menggunakan keretapi dari Sapporo Station dan berhenti di Miyanosawa Station (dengan bayaran sekitar JPY290).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.