Tanukikoji Shopping Street Sapporo Tempat Membeli Belah Arked

Hits: 2455

Japan sebenarnya menawarkan banyak destinasi menarik untuk pelancong membeli-belah. Antara yang menarik ialah di Tanukikoji Shopping Street Sapporo Tempat Membeli Belah Arked yang terkenal di Hokkaido. Lokasinya terletak ditengah bandaraya dan ia memanjang sekitar 1 km dengan lebih 200 buah kedai di kiri dan kanan.

Kalau anda pernah ke Osaka dan Tokyo, ia mempunyai beberapa persamaan seperti di Dotonbori Osaka dan juga di Asakusa Shopping Street di Tokyo. Yang paling ketara, ia tempat tumpuan ramai dan menjadi lokasi wajib lawat untuk pelancong luar negara.

Tanukikoji Shopping Street Sapporo

tanukikoji shopping street sapporo 01 copy

Dengan punyai pelbagai kedai disekeliling, banyak yang boleh anda lihat di sini. MrJocko suka tempat shopping arked ini kerana ia terbuka, luas, tidak terlalu sesak dan mempunyai kedai-kedai yang menjual banyak barang dengan harga yang sangat berpatutan.

Lajur di Tanukikoji ini dipenuhi dengan kedai pakaian, kedai kasut, kedai makanan, hotel, kedai Pachinko (kedai mesin judi Jepun), kedai game, kedai farmasi dan banyak lagi.

tanukikoji shopping street sapporo

tanukikoji shopping street sapporo

tanukikoji shopping street sapporo

tanukikoji shopping street sapporo

Kalau ditanya apa yang menarik di Tanukikoji Shopping Street Sapporo, MrJocko akan kata, jualan kasut berjenama dengan harga yang murah di ABC Mart dan juga banyak kedai Pre-Loved yang menjual jam tangan G-Shock terpakai dan juga beg berjenama terpakai dengan harga berpatutan.

tanukikoji shopping street sapporo

tanukikoji shopping street sapporo

Kami ke sini, pada hari keempat. Boleh baca di entry ini MrJocko Hokkaido Day 4. Setelah kembali dari kawasan pergunungan dan tanah tinggi di sekitar Rusutsu Resorts dan Lake Toya.

Tanukikoji Shopping Arcade ini mempunyai 7 Block yang memanjang, dijadikan lorong utama sebagai destinasi membeli belah. Di ruang bawah, ada satu lagi tempat membeli belah dikenali sebagai Pole Town yang membawa kepada Stesen Subway.

Untuk ke sini, mudah sahaja. Guna laluan mana-mana public transport dan tuju ke Tanukikoji Station. Samada guna bas atau subway, keduanya mudah sahaja. Lagipun, di Sapporo ada kemudahan Tram untuk perjalanan yang dekat.

Lokasi lain yang berdekatan dengan Tanukikoji ialah Odori Shopping Street dan juga Soseigawa Park. Kalau jauh sikit, ada Pasar Ikan dan juga Menara Sapporo untuk anda cuba lawati.

Informasi lanjut boleh baca di blog ini Sapporo Travel Tanukikoji.

One Comment on “Tanukikoji Shopping Street Sapporo Tempat Membeli Belah Arked”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.