Nak Kongsi Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari

Hits: 5366

Satu tarikan kalau ke Jepun ialah Musim Sejuk. Musim sejuk (Winter Season) yang menawarkan pelbagai aktiviti mearik dan juga pemandangan menarik diseluruh negara Jepun. Musim sejuk tahun ini di Jepun awal sedikit dan sehingga Februari, masih lagi ada sisa ‘snowing’ di Jepun. MrJocko Nak Kongsi Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari 2018. Antara yang masih lagi snowing ialah di sekitar Tochigi Prefecture, di kawasan Nikko City.

Kawasan Nikko City antara lokasi tanah tinggi yang popular sebagai percutian Onsem yang menjadi tarikan ramai pelancong tempatan dan juga luar negara. Walaupun terletak kira-kira 160km dari bandaraya Tokyo, ada akses mudah untuk ke sana samada menggunakan bas ataupun keretapi.

Ada Salji Di Jepun Bulan Februari

Nak Kongsi Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari

Semasa ke Tochigi Prefecture, kawasan ini masih lagi mempunyai suhu sekitar -4° Celcius. Masih sejuk, dan ada kala beberapa lokasi, salji masih lagi turun, walaupun tidak lebat.

Antara lokasi yang MrJocko rasa salji ialah ketika di Kinugawa Park Hotel dan juga di sekitar Nikko City. Kawasan ini masih lagi diliputi salji. Masih sejuk, lebih-lebih lagi menjelang malam dan awal pagi. Tambahan pula, ia berdekatan dengan National Park dan gunung ganang.

Nak Kongsi Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari

Nak Kongsi Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari

Jadi, bagi korang yang dah beli tiket ke Jepun, lokasi samada mendarat di Narita Airport atau Haneda Airport, boleh ke kawasan Chiba Prefecture dan juga Tochigi Prefecture untuk mencari sisa salji pada bulan Februari di Jepun.

Nak mudah, kalau travel ke Jepun, gunakan laluan keretapi samada keretapi biasa atau laluan subway. Kalau korang belajar sekali dua, InsyaAllah, senang sahaja nak baca laluan keretapi di Jepun. Kalau lebih bijak, gunakan day pass ataupun pakej JR Pass yang dijual untuk menjimatkan kos perjalanan anda menggunakan pengangkutan awam di Jepun.

Maklumat asas boleh baca di laman web ini http://www.pref.chiba.lg.jp/english/

Nak Kongsi Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari

Nak Kongsi Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari

Jadi untuk yang bertanya, Kat Mana Ada Salji Di Jepun Bulan Februari 2018, jawapannya Ya masih ada. Walaupun tak banyak, tetapi kalau kena tempat, lebih lebih lagi di waktu awal pagi sekitar jam 5.00am atau sebelah petang sekitar jam 2.30pm, InsyaAllah, kawasan Nikko City dan Kinugawa masih lagi diliputi salji (snowing).

Nak tahu kat mana lagi tempat menarik di Chiba dan juga Tochigi Prefecture? Baca blogpost di laman blog MrJocko.com akan datang. Klik link MrJocko Melancong ke Chiba

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.