ANA Crowne Plaza Hotel Chitose Inapan Terbaik Dekat Shin-Chitose Airport

Hits: 81

Hari terakhir di Hokkaido untuk Media FAM Trip kali ini berakhir di hotel berdekatan dengan Lapangan Terbang Shin-Chitose, Hokkaido. Kalau sebelum ini di ANA Crowne Plaza Hotel Sapporo, kali ini berpindah ke ANA Crowne Plaza Hotel Chitose Inapan Terbaik Dekat Shin-Chitose Airport. Satu group of companies dan punyai persamaan dalam banyak perkara.

Saya akui, ini kali pertama, ketika di Hokkaido berpeluang menginap di rangkaian hotel ANA Crowne Plaza. Untuk info, hotel ini antara rangkaian hotel terbesar di Jepun dan punyai kaitan dengan syarikat penerbangan ANA Airlines. Tidak hairan, kualiti hotel di ANA Crowne Plaza menyediakan antara perkhidmatan terbaik di Jepun.

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose
 


 

Hotel ini terletak kira-kira 52 km dari bandar Sapporo. Ia boleh diakses dengan mudah dengan menaiki jaringan keretapi JR Chitose Line ataupun dengan menaiki bas dan berhenti di Chitose Station. Tapi, macam biasa, kalau di Jepun, naik keretapi, jauh lebih cepat berbanding dengan menaiki kereta.

Dari ANA Crowne Plaza Hotel Chitose untuk ke Shin-Citose Airport, boleh menaiki laluan yang sama, keretapi ataupun bas menuju ke lapangan terbang. Ia hanya mengambil masa sekitar 16 minit sahaja.
 

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose
 

Harga bilik di ANA Crowne Plaza Hotel Chitose bermula dari JPY8550 (MYR313), murah berbanding harga bilik di ANA Crowne Plaza Hotel Sapporo. Ini kerana kawasan ini berada di luar kawasan bandar besar. Tetapi, ia masih lagi sibuk kerana menjadi tumpuan penginapan ahli perniagaan, juruterbang daan juga kru penerbangan banyak syarikat penerbangan di dunia.

Bangunan hotel ini juga agak besar dan mempunyai seperti dua blok hotel besar. Di sini ada banyak ruang bilik meeting dan juga bilik gymnasium serta beberapa aktiviti sukan lain termasuk badminton, tenis, volleyball, kolam mandi dan juga aktiviti hiking.
 

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose

ANA Crowne Plaza Hotel Chitose

Untuk maklumat lanjut, promosi, harga bilik dan event yang akan berlangsung di ANA Crowne Plaza Hotel Chitose, boleh rujuk di laman web mereka di pautan seperti ini https://www.anacrowneplaza-chitose.jp.

Memandangkan MrJocko sampai di sini sudah malam, tidak berkesempatan untuk mencuba aktiviti di sini. Katanya ada kolam mandi yang best di sini dan juga aktiviti hiking yang lain dari destinasi penginapan hotel lain di Hokkaido. InsyaAllah, ada rezeki, lain kali kita cuba.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.