Pengalaman Bersama Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ Malaysia

Hits: 563

Smartphone pertama Samsung yang mempunyai dual lens dan boleh digunakan di dalam air adalah model terkini Samsung Galaxy A8 Dan Model A8+. Sebab nak tahu, apa yang menarik, apa yang bagus serta kelebihan peranti ini, MrJocko nak kongsi sendiri Pengalaman Bersama Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ Malaysia ketika mencubanya sendiri di Sunway Lagoon baru baru ini.

Sekarang, kehidupan lebih pantas dan lebih mencabar. Penggunaan telefon bukan sekadar buat panggilan, jawab panggilan, media sosial, muzik dan video. Ia menjadi peranti yang lebih dari itu.

Pengalaman Bersama Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ Malaysia

Pengalaman Bersama Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ Malaysia 02

Ada dua peranti smartphone terbaik, telefon pintar dalam lingkungan ‘midrange’ baru dilancarkan oleh Samsung baru-baru ini, diberi nama Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018). Ia adalah model lebih bagus yang ditambah nilai dari model sebelum ini. Model ini model terbaru kalis air dan punyai Dual Camera depan untuk selfie yang lebih baik. Ia menjadikan ia #MakeYourMoment dengan kualiti gambar depan yang lebih berbaloi.

Kalau nak tahun berapa harga Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ boleh baca entry terdahulu MrJocko : Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ Malaysia

“Millennials mahukan pengembaraan mereka menjadikannya moment yang terbaik, dengan merekodkan kenangan aktiviti seharian mereka lebih mudah. Aktiviti seperti berkhemah di air terjun, mandi manda, selfie dengan gambar terbaik dirakam dan dikongsi dalam media sosial untuk tontonan rakan-rakan lain. Oleh itu, untuk tujuan ini, tidak ada peranti lain yang lebih sempurna untuk menemani mereka selain smartphone Samsung Galaxy A8 dan A8+.

Galaxy A8 dan A8+ memperkenalkan kami dengan Kamera IP68 Dual Front pertama Samsung (16MP + aperture f1.9), untuk menangkap selfies cantik dalam apa jua keadaan, walaupun dalam air, menjadikan mereka teman yang ideal untuk pengembaraan air luar.

Selain itu, dengan 16MP f1.7 kamera belakang, setiap gambar ditangkap dengan sempurna pada percubaan pertama anda, yang terdapat segar, terperinci, dan bersemangat.

MrJocko dan beberapa orang lagi rakan media, bersama-sama Samsung menyertai pengalaman mencuba kehebatan smartphone ini di “Galaxy A8 Lagoon Quest”di Sunway Lagoon. Kami, para peserta dipaksa untuk melibatkan diri dalam satu siri cabaran berkaitan air.

Pengalaman Bersama Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ Malaysia

Ooo ni la yg diorang kata Vuvuzela Sunway LagoonMy First Time. Rasa macam nak tercabut jantung ooo… #MakeYourMoment #MyGalaxyA82018 #LifeAsMrJocko

Posted by Rosmadi Shakri on Khamis, 8 Februari 2018

Antara aktiviti kami di sana, kami selfie dengan merasai sendiri pengalaman di Vuvuzela, mencuba Bungee Jumping, merentas jambatan gantung, merakam gambar panorama, selfie dengan burung dan juga rakam selfie dalam air di taman air terbuka di Sunway Lagoon.

Alhamdulillah, berjaya juga MrJocko dan rakan, Kid, menyelesaikan petunjuk dan tugas-tugas menyeronokkan lengkap dengan gambar-gambar terbaik dari kamera Samsung Galaxy A8 dan A8+ .

Pengalaman Bersama Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+

Untuk harga peranti ini, sebagai informasi, Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8 + (2018) boleh didapati di Malaysia dengan harga yang disyorkan RM1,799 dan RM 2,499 masing-masing (termasuk 6% GST). Kedua-dua peranti datang dalam Hitam, Emas dan Orchid Gray untuk memenuhi peribadi gaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8 + (2018), sila layari http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a8-a530 dan http://www.samsung.com/my.

2 Comments on “Pengalaman Bersama Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ Malaysia”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.