Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun

Hits: 613

Selama 6 hari 5 malam berada di Pulau Hokkaido, ia satu pengalaman baru untuk MrJocko. Rasa macam sekejap sahaja, tak puas. Tapi, apakan daya, untuk trip kali ini, Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun. Patut la, ramai rakan-rakan memang teringin nak alami percutian musim sejuk di Hokkaido, Jepun.

Bermula dengan perjalanan hari pertama kami ke Ainu Village yang membawa kami mula-mula mengenal budaya asal masyarakat asli di Pulau Hokkaido ini dengan luasnya Tasik beku di sekitarnya.

Selamat Tinggal Hokkaido
 

Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun
&nbsp

Kemudiannya, kami bergerak menuju ke lokasi mewah yang terletak di Rusutsu Resort, salah satu destinasi percutian musim sejuk terbaik di Jepun. Bayangkan salji sudah memenuhi kawasan ini setebal 2 meter dan paling puncak, ia menyamai ketinggian 11 meter.

Lokasi di Rusutsu Resort punyai kualiti salji yang halus dan ringan, dikatakan antara salji terbaik untuk anda alami dan terokai.
 

Hari ketiga di Otaru dan hari keempat kami ke kawasan bandar Sapporo.

Hari kelima kembali ke Noboribetsu dan hari terakhir pulang ke KLIA dengan penerbangan Jetstar dan JAL, melalui airport New Chitose dan Narita Airport. Ia satu pengalaman yang menarik untuk MrJocko.
 

Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun

Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun

Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun
 

Melihat sendiri keindahan salji memutih dari mata burung, ketinggian 10000 kaki atas awan ia memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Kalau ada rezeki, ambil peluang untuk nikmati keindahan ciptaan Tuhan ini.

Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun

Selamat Tinggal Hokkaido Percutian Musim Sejuk Terbaik Di Jepun
 

Tambahan pula, dengan pengalaman terbang dengan pesawat terbaru Dreamliner JAL dari Narita Airport menuju KLIA memang satu pengalaman yang selesa. Pesawat yang luas, selesa dan menakjubkan bila kurang rasa gegaran ketika ‘air turbulence’ dan punyai ruang Lavatory Room yang sangat luas. Memang luas tak seperti pesawat lain yang pernah MrJocko naiki sebelum ini.

Untuk yang bercadang bercuti ke Hokkaido, boleh rancang percutian anda untuk ke sana. Hokkaido menawarkan percutian musim sejuk yang BEST! untuk semua. Untuk pakej percutian samada tiket penerbangan dan penginapan, boleh semak di laman web berkaitan.

Ada banyak pilihan yang boleh anda cari di carian tiket penerbangan di SkyScanner dan juga carian hotel di AirBNB sekiranya anda mencari pakej percutian bajet. Namun, kalau duit tidak menjadi masalah untuk anda, boleh cuba alami penginapan di hotel 3 hingga 5 Bintang di Hokkaido yang mana mereka menawarkan pelbagai lagi aktiviti sampingan menarik untuk anda cuba.

Selamat Bercuti ke Hokkaido

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.