Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2 Hari Kedua

Hits: 376

Hari Kedua Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2 lebih menarik. Sebelum ini, tak ramai pelancong yang tahu tentang tempat menarik di Chiba Jepun. Masa ini, kami rakan media, travel agency dan juga rakan dari Indonesia di bawa untuk menerokai banyak lagi destinasi pelancong di Chiba dan Tochigi di Jepun.

Kalau korang backpakers dan travel dari lapangan terbang Narita, ia lebih mudah. Kalau dari Haneda Airport, pun mudah kerana ia mempunyai jaringan keretapi dan bas yang banyak. Lagipun, sekarang, akses untuk carian ke destinasi ini lebih diluaskan dan mudah dengan aplikasi Google Maps dan juga Travel Maps JNTO.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Dari Hotel Port Plaza Chiba kami meneruskan perjalanan ke Ichihara City untuk merasai sendiri pengalaman untuk ‘Tea Ceremony’. Ia salah satu aktiviti dan budaya Jepun yang sangat popular, dan menjadi salah satu aktiviti wajib dalam menyambut tetamu, khasnya pelancong luar negara.

Lokasinya agak jauh sedikit, tetapi untuk mereka yang mahukan cabaran dan sesuatu yang baru, ia satu pengalaman yang patut korang cuba.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Untuk menu Halal Muslim di Jepun, khususnya di Chiba dan Tochigi, jangan risau. Sememangnya, pihak JNTO aktif dalam mempromosikan lokasi restoran, gerai dan makanan halal untuk pelancong Muslim bila melancong ke Chiba dan Tochigi Prefecture, di Jepun.

Kalau sebelum ini, boleh cuba menu Onigiri di Kedai Serbanika seperti di 7 Eeleven dan juga Family Mart. Sekarang, ada banyak restoran makanan Daging Wagyu Halal boleh korang cuba. Tambah lagi, pihak JNTO rancak dalam memperkenalkan produk halal di Jepun untuk kemudahan pelancong Malaysia.

Sebagai contoh, kami singgah makan menu makanan daging Wagyu Halal di kawasan Shibuya, yang diberi nama Restoran Yakiniku Panga Shibuya.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Kalau nak cerita pasal kemudahan solat, banyak juga ruang Solat ‘Prayer Rooms’ yang kini di sediakan kepada pelancong Muslim. Termasuk beberapa ruang solat di pusat membeli belah seperti AEON Mall, Lapangan Terbang dan juga bangunan Masjid, seperti Pusat Komuniti Muslim Shibuya dan juga Tokyo Camii (Masjid Tokyo Camii) di Shibuya.

Sejujurnya, destinasi Jepun, khususnya di Chiba dan Tochigi ada banyak peluang utnuk diterokai oleh orang Muslim. Untuk cerita lanjut, jangan lupa baca entry blogpost MrJocko tentang Apa Yang Menarik di Chiba Tochigi.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.