Pengalaman Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Tiga hari di Chiba dan Tochigi beri MrJocko satu pengalaman baru. Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga, MrJocko mula cari tempat shopping di kawasan ini. Ini kerana, shopping antara satu tarikan utama untuk pelancong di Malaysia kalau melancong ke keluar negara.

Oh ya! Sebelum itu. Bila tiba di kawasan pergunungan Tochigi, khususnya Sano, baru saya tahu di sini ada banyak lagi yang menarik untuk pelancong Muslim kunjungi. Antara yang saya sendiri singgah ialah lokasi shopping tempat menarik iaitu Restoran Halal Ramen di Sano, Masjid Sano, Ladang Strawberry dan semestinya Sano Premium Outlet.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Sebenarnya, kalau di Chiba Prefecture, ada Mitsui Outlet Park dan di Tochigi Prefecture ada Sano Premium Outlet. Kedua-dua premium outlet ini menyediakan tempat membeli belah jenama terkenal seluruh dunia. Dan, kalau nak tahu, premium outlet di Jepun, banyak menawarkan pelbagai jenama international dengan harga yang sangat murah.

Kalau ada masa ke sini, singgah lah. Nak bagi amaran sedikit. Kalau ke Premium Outlet di Jepun, bawa lah duit. Korang akan beli sesuatu kerana terpesona dengan harga yang murah dan barang yang berkualiti. Jangan nanti menyesal kalau terlepas untuk shopping di Sano Premium Outlet.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Ruang Solat Masjid Sano

Tak jauh dari Sano Premium Outlet, ada Masjid Sano yang dijadikan sebagai salah satu tempat komuniti Masyarakat Islam di sini dan juga Restoran Ramen Halal yang terkenal di Sano, iaitu Nikkoken Halal Ramen Restaurant.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Memandangkan di Tochigi adalah kawasan tanah tinggi dan lebih sejuk berbanding di Tokyo, kawasan ini punyai banyak kawasan yang dikhaskan untuk aktiviti pertanian. Antara yang sangat popular di Sano, di Tochigi Prefecture ialah ladang Strawberry.

Mesti cuba. Pengalaman sendiri MrJocko singgah dan mengutip buah strawberry di sini memang berbaloi. Selama MrJocko makan buah strawberry, buah strawberry di Sano City adalah buah yang termanis, dengan bentuk buah yang besar dan segar.

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3

Selepas beberapa jam perjalanan dari Sano City, akhirnya kami sampai di Nikko City. Kali ini, rezeki kami untuk menginap di Kinugawa Park Hotel. Ia antara hotel yang menyediakan pakej percutian ‘hot spring’, kolam air panas yang agak terkenal di Kinugawa. Bilik hotel pun di sini sangat unik, direka mengikut binaan rumah tradisional orang Jepun dengan diletakkan beberapa perabut unik. Nanti MrJocko akan kongsi dalam entry yang akan datang.

Belum habis cerita menarik untuk hari ketiga, kami merasai sendiri menu makanan halal di Kinugawa Park Hotel yang mana, ia menawarkan menu makanan tradisi Jepun, tetapi disediakan dengan menu Friendly Muslim. Antara yang menarik ialah menu daging Wagyu halal dan juga ikan yang dibakar dengan Miso Sup yang sedap.

Baca : MrJocko Dan Travel ke Jepun

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Trip Halal Muslim Chiba Tochigi Japan Teaser Part 3 Hari Ketiga

Ada banyak lagi yang boleh korang lihat tentang apa yang menarik di Nikko City, boleh baca di laman web ini Nikko City Travel Maps

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.