AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia Kecil Tapi Power

Hits: 474

Khas buat peminat Permainan Komputer, ada berita baik. AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia Kecil Tapi Power, untuk komputer riba. Advanced Micro Devices (AMD) baru-baru ini melancarkan satu lagi processor komputer riba yang lebih maju dikenali sebagai ‘highly anticipated’ Ryzen™ Mobile processor di Malaysia. Processor ini adalah untuk komputer riba ‘notebook’ menggunakan jenis Ryzen™ 7 2700U dan juga AMD Ryzen™ 5 2500U.

Kuasa ini dilengkapkan di dalam komputer riba Lenovo Ideapad 720S dan Acer Swift 3, Ryzen™ Mobile processor adalah kombinasi arkitek dalam bidang kejuruteraan komputer yang telah memenangi Anugerah “Zen” x86 cores. Selain itu, ia juga mempunyai AMD SenseMI dengan revolusi grafik Radeon “Vega” di dalam System-on-Chip, untuk memberikan ‘performance’ hebat dan pengalaman hiburan terbaik.

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

“Tahun lepas, AMD telah berjanji akan menambahbaik dan membawa kembali inovasi kepada pasaran Personal Computer. Hari ini, kami kotakan janji tersebut dengan melancarkan ‘Processor Terpantas Dunia untuk Komputer Riba Ultrathin’. Ia di beri nama AMD Ryzen™ Mobile processor. Tawaran produk baru ini ke dalam pasaran PC adalah kerana kami memahami pelanggan dan juga kemahuan teknologi dalam kehidupan seharian. Ryzen™ Mobile processors akan menawarkan yang terbaik dalam prestasi komputer riba dalam aktiviti seharian, multi-tasking, dan mampu tangani beban kerja yang banyak, dengan kelebihan ketahanan bateri yang lama. Bersama-sama dengan OEM partners kami, Lenovo and Acer, kami dengan ini bangga memberitahu bahawa untuk membawakan teknologi hebat ini ke Malaysia untuk memenuhi keperluan digital lives orang Malaysia” kata Peter Chambers, AMD Director of Consumer Sales in APJ.

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

MrJocko, dulu selalu juga menggunakan komputer riba untuk permainan komputer dan ia menjadi seakan satu kemestian setiap hari. Mengikut pengalaman sendiri, kelajuan processor dengan kelebihan kualiti grafik yang cukup akan membantu pemain selesa untuk mencapai tahap permainan maksima.

Di tambah lagi, untuk cara permainan komputer sekarang, ia banyak melibatkan permainan ‘network’ secara online dan live gaming. Kalau processor dan grafik tak laju, ia akan beri impak kepada permainan.

Komputer riba jenama Lenovo Ideapad 720S dan Acer Swift 3, kedua-duanya dikuasakan dengan processor hebat AMD Ryzen™ 5 2500U.

Lenovo Ideapad 720S

Lenovo Ideapad 720S

Acer Swift 3

Acer Swift 3

Baca : MrJocko review Gadget

AMD Ryzen™ Mobile processors mempunyai teknologi prestasi yang ditambahbaik berbanding model AMD mobile processor, generasi sebelum ini. Ia dikuasakan sehingga 3X Prestasi CPU dan sehingga 2.3X Prestasi GPU, serta menggunakan 58% kurang kuasa penggunaan berbanding yang lama. Terbaik kan???

Model AMD Ryzen™ Processor yang dilengkapi bersama Radeon™ Graphics ini juga menyediakan penambahbaikkan kepada pengalaman hiburan yang mana ia memberikan hasil kualiti gambar dan video yang lancar dan boleh dimainkan dalam kualiti 1080p, sesuai untuk permainan video game komputer eSports seperti permainan “League of Legends™, Overwatch™, CS:GO™ dan DOTA™ dalam komputer riba.

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen Mobile Processor Launch in Malaysia

AMD Ryzen™ Processor dengan Radeon™ Graphics yang terdapat dalam komputer riba Lenovo Ideapad 720S dan Acer Swift 3 sekarang ini boleh didapati di AMD authorised dealers, laman web shopping online Lazada, 11street and Shopee (exclusively in Malaysia).

Bersempena dengan pelancaran ini, pelanggan akan diberikan harga promosi hebat. Untuk informasi lanjut layari AMD Malaysia Facebook https://www.facebook.com/AMDMalaysia/.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.