Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo Pengalaman Sendiri

Hits: 380

Ini adalah pengalaman sendiri selama hampir 5 hari memandu kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo. Kereta sedan berkapasiti 1.6 cc ini katanya antara kereta baru dari Hyundai dan menjadi pilihan ramai. betul atau tidak? Ini Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo Pengalaman Sendiri MrJocko dengan pandangan sebagai pemandu dan pengguna biasa.

Melihat kepada rekaan luar model Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo ini, ia boleh dikatakan ada kecantikkannya tersendiri. Secara peribadi, MrJocko suka model Hyundai Veloster. Namun, kedua-dua model ini dari segmen berbeza. Elantra Sport 1.6 Turbo, kereta yang lebih panjang dan lebih ekonomik.

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo Pengalaman Sendiri

Pertama kali mememegang steering kereta Hyundai Elantra ini, bagai ada satu tarikan. Grip untuk steering rasa macam kecil, tetapi cukup kemas. Nampaknya, senang di kawal dan tidak terlalu berat. Rekaan tidak bulat dan ada bentuk sendiri.

Dashboard panel di depan nampak biasa sahaja, tidak ada faktor Wow! yang melebihi jangkaan kerana ia masih ada ciri-ciri kereta Korea dan punyai konsep yang hampir sama.

Interior dalaman lain pun tidak bengitu mengujakan. Tetapi, harus di akui, kerusi kereta Hyundai Elantra ini agak empuk dan selesa untuk pemanduan jauh. Di tambah dengan kerusi mudah laras yang sangat memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang lain.

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Boot atau Bonet untuk kereta Hyundai Elantra agak besar. Untuk orang yang ada keluarga seperti MrJocko, untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak sudah selesa dengan kereta Hyundai Elantra. Ruang bonet yang besar boleh memuatkan banyak barang, khususnya kalau tiba musim balik kampung.

Semasa pemanduan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Selangor, kemudian kami melalui jalan sehingga ke Bukit Beruntung dan menaiki bukit di Genting Highland, kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo ini tidak sedikit pun menunjukkan kelemahannya. Daki bukit walaupun dengan bebanan 3 orang dewasa dan 3 kanak-kanak, ia masih bertahan dengan ‘selamba’ menaiki Bukit Genting sehingga ke Genting Premium Outlet.

Kalau di jalan biasa, overtake menjadi satu keseronokkan sebab ia memang terbukti cepat pick up, laju dan senang di kawal. Selekoh di Bukit Genting juga tidak ada masalah. Dengan kereta yang agak rendah, ia memang punyai daya tahan mengambil ‘corner’ dengan selesa dan tidak membuang.

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Review Kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Baca juga Entry MrJocko Review Kereta

Kami jatuh cinta dengan kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo ini. Tambahan dengan kualiti enjin dan penjimatan minyak yang diluar jangkaan. Bayangkan, pemanduan biasa MrJocko hanya menggunakan penggunaan sekitar 8.7l untuk 100km. Ia bermaksud, cara pemanduan MrJocko dengan kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo ini menggunakan 0.87l untuk setiap 10km dan sekitar 11.5km untuk setiap liter.

Dengan kapasiti enjin yang power, cepat pick up dan spesifikasi yang dikatakan antara terbaik dalam range kereta diantara jenama-jenama lain dan harga yang sama, Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo menjadi kereta yang boleh MrJocko pilih jika mempunyai bajet MYR140,000.

Untuk pandu uji kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo, boleh ke outlet Hyundai terdekat untuk merasai sendiri pengalaman Test Drive Hyundai PERCUMA.

Layari www.hyundai.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.