Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo Malaysia Pengalaman Sendiri

Hits: 580

Kereta Korea semakin lama semakin mendapat tempat dalam hati peminat kereta dunia. Orang Malaysia juga, kini semakin lama semakin teruja dengan rekaan, teknologi serta kehebatan kenderaan buatan Korea, khususnya jenama Hyundai. Kali ini, nak kongsi cerita Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo Malaysia Pengalaman Sendiri ketika memandu di bandaraya Kuala Lumpur, lebuhraya dan juga melalui jalan raya persekutuan.

Teruja, kagum dan juga mengagumkan, itu antara persepsi awal MrJocko bila pertama kali memandu kereta Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo selama beberapa hari. Ia satu pengalaman dan persepsi baru yang sukar nak diluahkan dengan kata-kata, melainkan korang sendiri mencuba jentera hebat ini.

Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Rekaan binaan luaran kereta Korea sememangnya berbeza dengan rekaan kereta dari Eropah dan juga negara Asia yang lain. Ia bagaikan punyai identiti sendiri dan ia punyai keunikkan tersendiri. Sekali pandang, peminat kereta mungkin akan dapat agak, ia rekaan negara Korea.

Belum termasuk rekaan interior, binaan dalaman yang sememangnya punyai citarasa yang agak moden, tetapi punyai ciri-ciri keselamatan, teknologi mesra pengguna dan semestinya ada nilai kemewahan.

Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Sekali tengok, pasti ramai akan tertawan edngan kereta Hyundai Elantra ini. Nampak macam kecil, tetapi sebenarnya cukup selesa untuk 5 dewasa. Jangan risau, ia sangat berbaloi.

Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo

Baca : MrJocko dan Automotive

Untuk cerita Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo ini, buat permulaan, MrJocko akan simpan dulu beberapa penemuan menarik tentang kereta Hyundai Elantra Sport Turbo ini.

Yang pasti, untuk nilai harga RM131,488, harga on-the-road tidak termasuk Insurans, ia adalah jentera yang berbaloi untuk korang miliki. Ini kerana, ia mempunyai ciri yang lebih berbanding kereta lain seumpamanya, enjin kapasiti kecil, tetapi tambahan Turbo yang sangat memukau, sistem pemanduan yang lebih jimat dari kereta biasa dan semestinya ia punyai reka bentuk yang lebih menarik.

Berminat untuk dapatkan info lanjut, boleh layari laman web Hyundai Malaysia https://www.hyundai.com.my. Boleh lihat sendiri banyak lagi info dan gambar menarik tentang spesifikasi dan rekaan dalaman Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo ini.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

One Comment on “Test Drive Hyundai Elantra Sport 1.6 Turbo Malaysia Pengalaman Sendiri”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.