Bukit Ampang Hulu Langat Tempat Tengok View Satu Kuala Lumpur

Hits: 4591

Pernah cari lokasi sesuai untuk lihat bunga api ketika tiba awal Tahun Baru, Hari Kemerdekaan atau perayaan? Korang mungkin pernah dengar tentang menara tinjau Bukit Ampang. Kalau nak tahu, ada lokasi menarik untuk korang cuba, Bukit Ampang Hulu Langat Tempat Tengok View Satu Kuala Lumpur.

Lokasi Bukit Ampang Jalan Hulu Langat ini terletak kira-kira 25 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur dan senang untuk akses ke sini dengan menggunakan jalan dan lebuhraya, memasukki kawasan Pandan Indah dan menuju ke jalan bukit bukit ke Hulu Langat.

Bukit Ampang Jalan Hulu Langat

Bukit Ampang Hulu Langat

Ini kalu pertama MrJocko dan keluarga singgah di sini. Ia bermula sekitar jam 5.00 petang, akan ada banyak gerai makanan yang dibuka di persisir jalan dan tebing jalang di tempat ini. Ada yang menggelarkannya gerai sementara kerana ia adalah khemah dan meja-meja yang di buka seperti gerai-gerai di pasar malam.

Pun begitu, lokasi Bukit Ampang Hulu Langat ini menjadi tumpuan ramai tetamu sejak petang hingga membawa ke waktu malam. Paling senang nak ke sini ialah dengan menaiki motorsikal kerana ruang parkir yang sangat terhad.

kalau nak makan, ada pelbagai menu yang ada di sini. Nak makan nasi lemak, nasi goreng, tom yam, burger, kueh teau, mee gerang dan macam-macam lagi. Banyak yang boleh korang pilih, tengok selera masing-masing. Harga pun agak murah berbanding harga dalam Kuala Lumpur.

Bukit Ampang Hulu Langat

Bukit Ampang Jalan Hulu Langat

Baca : Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Sebelum ini, lokasi ini sangat popular, tambah lagi dengan binaan bangunan yang di panggil Menara Tinjau yang dikenali sebagai nama Look Out Point Bukit Ampang. Namun, atas sebab keselamatan, ia telah diarahkan tutup pada Februari 2012. Mungkin ada yang pernah ada pengalaman di Look Out Point Bukit Ampang sebelum ia di tutup?

Bukit Ampang Jalan Hulu Langat

Bukit Ampang Jalan Hulu Langat

Pastinya, di sini boleh dijadikan satu tarikan pelancong. Sebaiknya, kalau boleh ada pihak berkaitan mengambil inisiatif untuk menambak baik dan mempromosikan kawasan ini untuk diberikan nafas baru. Ia boleh direalisasikan, tetapi perlukan pengurusan dan perancangan yang lebih rapi.

Untuk ke sana, Google Maps ke link ini https://goo.gl/maps/tRBu6XcVM6R2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.