Cantiknya Meguro River Sakura Tokyo Tempat Wajib Lawat

Lokasi ini antara yang termasuk dalam senarai tempat wajib lawat kalau ke Tokyo. Meguro River Sakura Tokyo adalah antara tempat terbaik untuk and melihat keindahan bunga sakura atau Cherry Blossoms di Tokyo. Deretan pokok sakura yang kembang di sepanjang sungai Meguro Tokyo menjadikan ia antara tempat cantik bila tiba musim bunga seperti Sakura.

Kalau ada orang tanya, ‘Kat mana tempat tengok bunga Sakura Paling Cantik di Tokyo?” Meguro River salah saru daripadanya. Berbaloi untuk singgah di sini, walaupun hanya seketika.

Cantiknya Meguro River Sakura Tokyo

meguro river sakura tokyo

Untuk ke sini tidak la susah. Anda hanya perlu cari laluan Subway di Tokyo dan berhenti di Naka-Meguro Station. Kalau anda berada di laluan keretapi Yamanote Line, boleh berhenti di Meguro Station. Jalan kaki dalam 5 minit korang akan jumpa Meguro River dengan mudah.

Kalau anda bercadang nak melihat keindahan bunga Sakura atau Cherry Blossoms di Meguro River Park, sebaiknya datang ke sini waktu siang. Ia lebih cantik, berbanding waktu malam. Ini kerana, bila waktu malam, kawasan ini tidak punyai cahaya lampu yang cukup untuk memberikan keindahan kepada pokok dan bunga sakura sekitar Meguro River Park.

meguro river sakura tokyo

meguro river sakura tokyo

meguro river sakura tokyo

meguro river sakura tokyo

meguro river sakura tokyo

meguro river sakura tokyo

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Tokyo

Tidak seperti UENO Park dan lokasi lain, kawasan ini sekali imbas nampak seperti agak kecil dan terhad. Ia tidak punyai laman yang luas seperti lokasi UENO Park. Hanya jalur sepanjang Meguro River menjadi tumpuan kerana pokok bunga Sakura berada di tebing sungai ini dan mekar bila tiba musimnya.

Dengar kata di sini ada banyak juga pilihan menu makanan halal muslim, namun ketika MrJocko ke sana, tidak berkesempatan untuk singgah dan mencuba menu sekitar Naka-Meguro River ini. InsyaAllah, kalau ada rezeki, mungkin di lain hari, walaupun bukan musim bunga seperti ini, akan cuba dapatkan info tentang kedai dan restoran makanan halal d iMeguro River Park untuk kemudahan pembaca blog MrJocko.

Yang pasti, kalau tiba di Tokyo sekitar musim bunga Sakura seperti ini, antara pertengahan bulan Mac hingga ke pertengahan bulan April setiap tahun. Pastinya, kalau nak ke Tokyo mencari bunga Sakura, lebih baik beli tiket awal-awal supaya boleh dapat pakej tiket penerbangan yang murah dan terbaik.

Untuk informasi bunga Sakura di Tokyo, boleh semak di laman web ini https://www.japan-guide.com/e/e3050.html

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.