Pemandangan Cosmo Clock 21 Di Cosmo World Yokohama Waktu Malam

Hits: 1206

Ferris Wheel antara yang menjadi tarikan destinasi pelancongan di Kanagawa Prefecture. Ya! di Yokohama, ada Ferris Wheel yang besar menghadap lautan luas, terletak di tapak Cosmo World Yokohama. Untuk entry ini, MrJocko sebagai travel blogger Malaysia, nak kongsi beberapa keping gambar Pemandangan Cosmo Clock 21 Di Cosmo World Yokohama Waktu Malam.

Sebelum ini, ada banyak buku panduan memperkenalkan Yokohama sebagai destinasi pelabuhan dan juga beberapa bangunan pencakar langit serta Minato Mirai. Dalam pamplet promosi produk pelancongan Yokohama selalunya ada gambar Ferris Wheel Yokohama.

Mungkin, ini adalah jam terbesar di dunia! Ya, boleh la dikatakan ia jam digital terbesar di dunia!

Cosmo Clock 21 Di Cosmo World Yokohama Waktu Malam

cosmo clock 21 yokohama ferris wheel

Untuk ke sini, cari stesen keretapi yang bernama Sakuragi-cho Station. Apabila korang tiba di stesen JR Sakuragi-cho atau stesen keretapi bawah tanah Minato Mirai, jalan kaki beberapa minit menuju theme park dan akan nampak tersergam besar Ferris Wheel besar dinamakan Cosmo Clock 21 Yokohama.

Ferris Wheel yang diberi nama Cosmo Clock 21 ini telah dibina pada tahun 1989, sebagai pameran untuk Ekspo Yokohama. Ia mempunyai 60 gondola dan boleh memuatkan seramai 480 orang dalam satu masa. Setiap pusingan penuh gondola ini memakan masa selama 15 minit dan ia adalah satu pengalaman terbaik korang untuk melihat kota Yokohama dan sekitarnya.

Yang uniknya, ada satu gondola ungu dipanggil “Happy Gondola”, dan bagi orang-orang yang menggunakan kerusi roda.

Sayang sekali, untuk kali ini, MrJocko tak berpeluang untuk mencuba menaiki Cosmo Clock 21 di Yokohama ini. InsyaAllah, kalau ada masa dan peluang, akan cuba di lain kali.

Dengan menaiki Cosmo Clock 21 di Cosmo World Yokohama, anda boleh melihat hampir segala-galanya dari sini. Antara yang mudah dilihat ialah The Landmark Tower, Three Queens Towers, Yokohama Bay dan Lapangan Terbang Bay Bridge, Haneda, Red Brick Warehouse, Osanbashi Pier, Marin Tower, Taman Yamashita, dan jika anda bernasib baik, Bangunan Pencakat Langit Shinjuku, Gunung Fuji dan Semenanjung Boso.

cosmo clock 21 yokohama

cosmo clock 21 yokohama

cosmo clock 21 yokohama

cosmo clock 21 yokohama

cosmo clock 21 yokohama

cosmo clock 21 yokohama

Masa MrJocko ke sini, waktu sudah mula nak malam. Sebelah petang, kawasan ini mula dibanjiri ramai orang ramai, samada penduduk sekitar dan juga pelancong. Sudah pasti, tang menjadi tarikan utama ialah pemandangan cantik di sekitar pelabuhan dan taman tema ini.

Berjalan sekitar dari Sakuragi-cho Station sehingga ke Cosmo World Yokohama dan kembali ke sebelah bahagian shopping mall dan taman sehingga ke kapal laut Nippon Maru membuatkan korang akan teruja dengan pemandangan cantik di sekitar Port of Yokohama, termasuk Cosmo World.

Baca cerita lain tentang Yokohama di MrJocko Melancong ke Yokohama

cosmo clock 21 yokohama

cosmo clock 21 yokohama

Ferris Wheel Cosmo Clock 21 Yokohama ini memulakan operasi pada jam 11:00 pagi dan ditutup pada jam 09:00 malam. Kalau anda bernasib baik, ia kadang-kadang melanjutkan operasinya sehingga jam 10:00 malam. Bayaran tiket untuk menaiki Cosmo Clock 21 Yokohama ini sekitar JPY800 untuk dewasa. Ia ditutup pada hari Khamis. Sebaiknya, kalau nak merasai pengalaman menaiki Ferris Wheel di Port of Yokohama ini, boleh semak jadual sebelum anda melawat.

Untuk maklumat lanjut atau nak lihat informasi lain yang ada di Cosmo World Yokohama, boleh layari laman web rasmi mereka di sini http://cosmoworld.jp/renew/. Maaf tiada informasi dalam bahasa English setakat ini. Mungkin korang boleh translate guna Google Translate untuk dapatkan info yang lebih jelas.

One Comment on “Pemandangan Cosmo Clock 21 Di Cosmo World Yokohama Waktu Malam”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.