Harga Samsung Galaxy S9 Malaysia Bayar Serendah RM252

Antara smartphone terbaik dalam tempoh sebulan dua ini, ialah Samsung Galaxy S9 dan S9+. Bukan hanya sebab jenama terbaik, tetapi sebab fungsi smartphone terbaik, keseluruhannya ada di dalam peranti dari Samsung Mobile. Kini, ia jadi lebih terbaik dengan tawaran Harga Samsung Galaxy S9 Malaysia Bayar Serendah RM252.

Model smartphone Samsung Galaxy S9 dan S9+ adalah peranti yang mempunyai kebolehan untuk memberikan anda gambar rakaman kamera terbaik, yang pernah dicipta dalam sebuah smartphone, walaupun dalam keadaan cahaya ‘low light’.

Samsung Galaxy S9 Malaysia Bayar Serendah RM252.01

Harga Samsung Galaxy S9 Malaysia Bayar Serendah RM252

Selain dari kualiti gambar yang cantik, memenuhi ciri-ciri kamera professional, ia juga dilengkapi dengan fungsi rakaman video Super Slow-Mo dan fungsi terbaru, tidak pernah ada dalam jenama smartphone lain iaitu fungsi AR Emoji.

Memandangkan ramai yang ingin memiliki smartphone paling hebat dalam senarai gadget Samsung Mobile ini, makan pihak Samsung Malaysia Electronics menjadikan ia semakin mudah dengan konsep revolusi peranti mereka. Alami kegembiraan dengan ‘pengecualian’ 1 Bulan pembayaran sejumlah (RM366.58) dengan menggunakan Samsung’s 0% Easy Payment Plan, bermula dari 27 April hingga tarikh 20 Mei 2018.

Dengan tawaran kali ini pembelian smartphone Samsung Galaxy S9 dan S9+, bayaran bulanan hanya serendah RM252.01 selama 12-month plan atau RM126.00 untuk selama 24-month plan.

Baca Juga : MrJocko dan Smartphone Samsung

Samsung Galaxy S9 Malaysia Bayar Serendah RM252.01

Pelanggan boleh terus ke mana-mana Samsung Experience Store seluruh negara, Samsung Authorized Dealers terpilih, Best Denki, Harvey Norman, Senheng dan juga SenQ untuk menikmati tawaran promosi hebat ini dan terokai dunia digital dengan cara terbaru bersama Samsung Galaxy S9 dan S9+.

Sebagai informasi awal, Harga Samsung Galaxy S9 Malaysia ialah bermula dari RM3,299.

Untuk dapatkan info lanjut tentang promosi 0% Easy Payment Plan bagi smartphone Samsung Galaxy S9 dan S9+, layari laman web ini http://www.samsung.com/my/offer/s9-mobile-promo.

bagi yang nak dapatkan informasi tentang flagship terbaru peranti Samsung Mobile, boleh layari link ini : http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s9/.

Untuk mereka yang suka travel seperti MrJocko, kalau ada rezeki, smartphone ini antara pilihan terbaik. Dengan peranti ini, bagaikan tidak perlu lagi kamera mahal tambahan, cukup bawak Galaxy S9 dan S9+ ke mana sahaja untuk rakaman gambar yang cantik serta pilihan rakaman video yang berkualiti.

Siapa yang dah pernah cuba Samsung Galaxy S9 dan S9+, pasti akan teringat keterujaan menggunakan peranti ini.

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.