GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Harga Tokyo Subway Ticket Dan Kat Mana Nak Beli

Tokyo antara bandar yang menjadi pilihan ramai pelancong Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kota yang mahal, tetapi masih ada cara untuk dapatkan sesuatu yang murah, termasuk harga tambang keretapi di Tokyo. Ada yang tanya Harga Tokyo Subway Ticket Dan Kat Mana Nak Beli?

Untuk info, harga untuk Tokyo Subway Ticket 24 hours Pass ialah JPY800 Dewasa dan JPY400 Kanak-kanak. Tokyo Subway Ticket 48 hours Pass ialah JPY1200 Dewasa dan JPY600 Kanak-kanak. Dan, Tokyo Subway Ticket 72 hours Pass ialah JPY1500 Dewasa dan JPY750 Kanak-kanak. Kalau ikutkan harga ini, hampir sama samada beli di Malaysia atau beli di Tokyo.

Harga Tokyo Subway Ticket Dan Kat Mana Nak Beli

Harga Tokyo Subway Ticket Dan Kat Mana Nak Beli

Selain dari membeli Tokyo Subway Ticket dari Travel Agent atau semasa promosi Matta Fair di Kuala Lumpur, pengguna boleh dapatkan tiket-tiket Tokyo Subway atau Tokyo Metro Pass ini di Tokyo Metro Pass Offices bermula seawal jam 7:40 pagi sehingga jam 8:00 malam.

Antara senarai stesen yang boleh korang dapatkan Tokyo Metro Pass ini ialah di Ueno Station, Nihombashi Station, Ikebukuro Station (Marunouchi Line), Ikebukuro Station (Yurakucho Line), Ginza Station, Shimbashi Station, Shinjuku Station, Ebisu Station, Iidabashi Station, Takadanobaba Station, Akasaka-mitsuke Station, Meiji-jingumae Station, Shin-ochanomizu Station, Otemachi Station dan Tokyo Station.

Atau dapatkan di Tokyo Metro Tourist Information bermula jam 9:15 pagi sehingga 5:15 petang. Ia boleh di dapati di Ueno Station Tourist Information, Ginza Station Tourist Information, Shinjuku Station Tourist Information, Omote-sando Station Tourist Informatio dan Tokyo Station Tourist Information.

tokyo metro pass price

Harga Tokyo Subway Ticket

Harga Tokyo Subway Ticket

Harga Tokyo Subway Ticket

Baca Cerita MrJocko dan Apa yang menarik di Tokyo.

Kalau korang terlihat kiosk Foreign Tourist Information di Tokyo, pun ada menjual Tokyo Subway Ticket atau Tokyo Metro Pass ini. Kalau tidak pun, boleh beli di rangkaian kedai terkenal Big Camera sekitar Tokyo, Laox, Sofmap dan juga Sofmap Akiba.

Tidak ketinggalan, hotel-hotel di Tokyo juga ada menyediakan servis menjual tiket Tokyo Subway Ticket ini seperti di :
Hilton Tokyo
ANA InterContinental Tokyo*1
Comfort Hotel Tokyo Kiyosumi Shirakawa
Royal Park Hotel
Ginza Capital Hotel
Hotel New Otani*1*2
Akasaka Excel Hotel Tokyu*1*2
The Capitol Tokyu Hotel*1*2
Hotel Monterey (Akasaka, Hanzomon, Ginza, La Soeur Ginza)
Asakusa View Hotel
Shibuya Tokyu REI Hotel
SAKURA HOTEL & HOSTEL (Ikebukuro, Asakusa, Jimbocho, Hatagaya, Nippori)*2
Hotel Abest (Meguro, Ginza Kyobashi)
Hotel East 21*1
Hotel Okura Tokyo
Courtyard Marriott Ginza Tobu Hotel*2
Narita Tobu Hotel Airport*1
Tobu Hotel Levant Tokyo* 1
Blossom Shinjuku*1
Shibuya Excel Hotel Tokyu*1*2
Andon Ryokan*2
Ueno First City Hotel*2
Kadoya Hotel*2
Hotel Tateshina*2
Kazusaya Hotel*2
Mikawaya Honten*2
Rihga Royal Hotel*1*2
Sotetsu Fresa Inn (Hamamatsucho Daimon, Nihonbashi-Ningyocho)*1*2
Ryokan Sawanoya*1*2
Shinjuku Prince Hotel
Hotel Lungwood
Shibuya Tobu Hotel*1
Anne Hostel (Asakusabashi, Ryogoku)*2
Tokyo Prince Hotel *1, 2
Japanize Guest House

Harga Tokyo Subway Ticket

Paling penting kalau korang beli Tokyo Metro Pass ini, perlu ingat ‘IA HANYA BOLEH DI GUNA UNTUK LALUAN TOKYO METRO DAN TOEI SUBWAY LINES SAHAJA‘. Ia tidak termasuk laluan JR Lines seperti laluan Yamanote Line Tokyo.

Untuk dapatkan informasi lebih jelas, boleh layari laman web ini Tokyo Subway Ticket

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.