Kedai Kasut ABC Mart Di Jepun Jual Kasut Branded Murah

Hits: 1637

Yang selalu travel ke Jepun, pasti ada yang perasan bahawa ada banyak kedai kasut yang menjual kasut jenama branded dengan harga yang lebih murah berbanding Malaysia. Kalau nak tahu, antara kedai yang popular ialah Kedai ABC Mart. Kedai Kasut ABC Mart Di Jepun Jual Kasut Branded Murah dan ada pilihan banyak jenama kasut sukan terbaik.

Tak kira lah samada korang melancong ke Tokyo, Osaka, Sapporo atau Fukuoka, pasti akan terjumpa dengan outlet kedai ABC Mart di Jepun, ada merata-rata. Kalau di Malaysia, mungkin ia punya persamaan dengan kedai sukan Al-Ikhsan.

Kedai Kasut ABC Mart Di Jepun
 

Kedai Kasut ABC Mart Di Jepun Jual Kasut Branded Murah

Banyak kali MrJocko beli kasut di kedai kasut ABC Mart di Jepun. Antara jenama kasut yang popular di ABC Mart di Jepun ialah jenama Adidas, Nike, Puma, Vans, Timberlands dan banyak lagi. Of course, paling popular jenama Adidas dan ia punya banyak pilihan model terbaru Adidas dan Nike.

Sebagai contoh, untuk harga model terbaru Adidas NMD di Jepun, harga sekitar JPY8,000 hingga JPY14,000 bergantung kepada model dan warna (RM288 hingga RM505). Kalau di Malaysia, kebanyakkan model yang ada di Jepun, belum memasuki pasaran Malaysia. Tambahan pula kebanyakkan harga Adidas NMD berharga sekitar RM350 hingga RM600 kalau di pasaran harga runcit Malaysia.

Kedai Kasut ABC Mart Di Jepun Jual Kasut Branded Murah

Kedai Kasut ABC Mart Di Jepun Jual Kasut Branded Murah

Kedai Kasut ABC Mart Di Jepun Jual Kasut Branded Murah

Semestinya, kalau korang peminat kasut jenis sneakers, jenama Adidas dan Nike, pasti la negara matahari terbit, Jepun ini adalah syurga untuk orang shopping. Kalau ada peluang ke Premium Outlet, seperti di Gotemba Premium Outlet, Sano Premium Outlet, Mitsui Premium Outlet dan banyak lagi, koleksi kasut di sana lebih murah, terkini dan sangat-sangat berbaloi untuk dibeli.

Boleh rujuk entry lama MrJocko tentang Gotemba Premium Outlet dan Shisui Premium Outlet Jepun.

Kalau ke Jepun atau ada member nak ke Jepun, nak kirim kasut boleh la minta diorang beli di kedai kasut ABC Mart di Jepun. Seriously, ada banyak model kasut yang murah dan tak masuk Malaysia. Kalau nak model biasa, baik beli di Malaysia. Kalau model rare dan limited, boleh la cari dan beli di ABC Mart di Jepun.

Kalau beza harga lebih kurang RM100 lebih, berbaloi beli di Jepun. Cuma kalau nak mintak member tolong belikan, berila upah sikit. Sebab bukan senang nak bawa balik kasut ni.

Nak tau apa lagi yang menarik di Jepun dan apa yang ada di ABC Mart, boleh layari laman web http://www.abc-mart.net/shop/

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.