Review Kereta Hyundai Tucson 2.0 Diesel Malaysia Teaser Ringkas

Hits: 733

Hujung minggu kami perlukan sedikit peluang untuk rehat dari kesibukkan kota Kuala Lumpur. Sebab itu, kali ini, kami sekeluarga sama-sama meredah perjalanan sejauh 80 km dari pusat bandar menuju ke Pantai Morib, Selongor Darul Ehsan. Ini, permulaan, sedikit Review Kereta Hyundai Tucson 2.0 Diesel Malaysia Teaser Ringkas untuk peminat kereta, khususnya kereta SUV.

Pertama kali memandu kereta Hyundai Tucson 2.0 Diesel, yang merupakan antara kereta SUV kegemaran ramai rakyat Malaysia. Beza memang sangat berbeza dengan kereta MrJocko, kereta kompak sedan dan juga beza sedikit dengan kereta Hyundai Elantra Turbo 1.6 Sport yang MrJocko review beberapa bulan lepas.

Review Kereta Hyundai Tucson 2.0 Diesel

review kereta hyundai tucson 2.0 diesel malaysia 01

Baca : MrJocko review kereta Hyundai Elantra Turbo 1.6 Sport

Kereta Hyundai Tucson 2.0 Diesel ini punyai ‘class’ yang tersendiri. Setelah lama mengeluarkan pelbagai model kereta, model SUV Review Kereta Hyundai Tucson 2.0 antara produk kegemaran ramai peminat kereta. Ia bukan sahaja direka cantik, tetapi punyai spesifikasi yang mewah dengan saiz yang lebih tinggi dan besar.

Untuk perjalanan sejauh 80 km dan lebih, kereta seperti Kereta Hyundai Tucson 2.0 ini sangat sesuai. Di tambah dengan enjin diesel, ia dikatakan lebih ‘power’ dan jimat berbanding enjin yang menggunakan petrol.

Untuk review tentang penggunaan bahan bakar seperti diesel dan petrol, boleh rujuk kepada pakar.

Review Kereta Hyundai Tucson Diesel 2.0 Teaser Ringkas

Review Kereta Hyundai Tucson Diesel 2.0 Teaser Ringkas

Review Kereta Hyundai Tucson Diesel 2.0 Teaser Ringkas

Secara umum, rekaan steering model Hyundai memang selesa dan senang ‘pegang’. Tambahan dengan aksesori lain dengan susuna panel dashboard yang memang memberikan citarasa agak premium, lawa dan menarik.

Seat kulit yang selesa, serta ruang pemandu dan belakang agak luas. Di tambah dengan ruang boot yang cukup untuk diisi banyak barang serta ruang untuk diletakkan barang-barang besar.

Review Kereta Hyundai Tucson Diesel 2.0 Teaser Ringkas

Review Kereta Hyundai Tucson Diesel 2.0 Teaser Ringkas

Kali ini, kami menaiki Hyundai Tucson 2.0 Diesel dengan kapasiti 3 dewasa, 3 kanak-kanak. Dengan prjalanan menaiki Jalan Bandaran, Jalan Persekutuan, Lebuhraya Plus dan menuju hingga ke pekan kecil seperti Teluk Panglima Garang dan Banting untuk merasa sendiri kualiti dan hasil kereta SUV model buatan Hyundai dari Korea ini.

Review Kereta Hyundai Tucson Diesel 2.0 Teaser Ringkas

Untuk review penuh tentang kemasan kereta ini, kepuasan, penggunaan minyak dan kegunaan harian mengikut pandangan MrJocko, nanti boleh baca dalam entry blogpost Review Kereta Hyundai Tucson yan gakan datang.

Sebelum tu, layari laman web Hyundai Malaysia dulu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.