Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun 7 Hari 6 Malam

Hits: 2895

Pocket WiFi semasa travel sudah jadi satu trend masa kini. Sebab, ia lebih murah berbanding dengan pakej roaming telco sedia ada dan ia boleh dikongsi sehingga 5 atau 10 peranti dalam satu masa. Untuk trip ke Osaka, Tokyo dan Yokohama bulan lepas, MrJocko nak kongsi Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun 7 Hari 6 Malam.

Travel WiFi Rental dengan Travel Recommends ini lebih mudah dengan kelebihan pakej data unlimited, self collect atau penghantaran, perkongsian lebih dari 1 peranti dan juga dengan pakej harga sewa seharian bermula dari RM15 sahaja.

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Nak tahu berapa harga pakej promosi sewa Pocket WiFi dari Travel Recommends, boleh baca balik entry MrJocko di sini http://www.mrjocko.com/2018/03/harga-promosi-pakej-pocket-wifi-travel-recommends.html.

Selain dari Jepun, ada banyak lagi destinasi lain seperti di Korea, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Singapura, Hong Kong, China, Indonesia, Australia, Canada, USA dan hampir keseluruh dunia.

Untuk trip ke Jepun, MrJocko menggunakan pakej RM18/day dan ia boleh dikongsi untuk 5 peranti. Maksudnya, kalau guna smartphone, boleh guna sehingga 5 orang. Paling best, ia adalah UNLIMITED DATA. Jadi tak perlu risau data habis walaupun ia dikongsi lebih dari satu atau dua orang.

Baca : MrJocko Review Gadget

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Bermula dari masa sampai di Lapangan Terbang Kansai, MrJocko meneroka Osaka sehari dan kemudian menuju ke Tokyo untuk menginap di hotel, kawasan Kanagawa Prefecture, Yokohama.

Tak kira samada berada di Osaka, Tokyo atau Yokohama, coverage untuk data unlimited Travel Recommends ini memang meluas dan dicapai disetiap lokasi. Untuk harga MYR18 sehari dan dikongsi seramai 5 orang, kami berkongsi nilai ringgit tak sampai RM4 untuk seorang dengan data internet yang unlimited.

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Bukan sekadar guna untuk Facebook, Instagram atau Twitter, tetapi penggunaan carian untuk Google dan Google Maps juga cukup mudah. Carian cepat dan mudah untuk capaian Google Maps, memudahkan kami cari lokasi Stesen Keretapi, Kedai Menu Makanan Halal di Jepun dan juga Prayer Room di Jepun dengan lebih mudah dan tepat.

Selama MrJocko Review Pocket WiFi Travel Recommends ini, saya rasa, untuk kegunaan biasa, ketahanan bateri bagi Travel Recommends ini kurang sedikit. Sebaiknya, sediakan Power Bank tambahan untuk back-up bateri. Maklum lah, kalau di tempat sejuk, biasanya, bateri alatan elektrik akan cepat habis. Secara purata, bateri Huddle Pocket WiFi Travel Recommends ini tahan sekitar 5 – 6 jam jika ia diteruskan berterusan. Jadi kalau korang berjalan lebih dari 6 jam, seeloknya sediakan bateri dari Power Bank.

Review Pocket WiFi Travel Recommends Di Jepun

Ada banyak lagi informasi tentang pakej Pocket WiFi murah dari Travel Recommends ini. Baca di sini Travel Recommends Pocket WiFi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.