Samsung Bawa Smartphone Galaxy J2 Pro Dengan Harga RM499 Sahaja

Hits: 601

Ada smartphone baru memasuki pasaran Malaysia. Ia adalah pilihan smartphone yang punyai kualiti bagus dengan harga yang murah dan mampu milik untuk semua peringkat umur. Samsung Bawa Smartphone Galaxy J2 Pro Dengan Harga RM499 Sahaja. Antara harga Samsung Galaxy yang murah dan berbaloi untuk di milikki.

Direka untuk menjaga kualiti tetapi dengan menawarkan harga yang lebih murah. Telefon pintar model Galaxy J2 Pro ini mengemaskini model J2 dengan peningkatan dalam ciri-ciri unik supaya ia menjadi smartphone ideal dan pilihan untuk semua pengguna.

Smartphone Galaxy J2 Pro Dengan Harga RM499 Sahaja

Smartphone Galaxy J2 Pro Dengan Harga RM499

Galaksi baru Galaxy J2 Pro menawarkan ciri-ciri yang lebih baik terutamanya dalam fungsi kamera depannya untuk rakaman gambar selfie yang lebih jelas. Selain itu paparan skrin Super AMOLED untuk pengalaman tontonan yang dipertingkatkan. Di tambah dengan storan dalaman yang lebih besar untuk simpanan yang lebih besar.

Bermula dari tarikh 6 April 2018 dan seterusnya, Samsung Galaxy J2 Pro akan mula dijual dan mempunyai empat pilihan warna.

Baca : MrJocko Review Smartphone Samsung Galaxy

Smartphone Galaxy J2 Pro Dengan Harga RM499

Smartphone Galaxy J2 Pro Dengan Harga RM499

Smartphone Galaxy J2 Pro Dengan Harga RM499

Model smartphone dalam Galaxy J Series mobile ini antara smartphone mampu milik. Berdasarkan siri ini, Samsung Galaxy J, mula diperkenalkan pada bulan Disember 2013, semua model dalam siri ini mempunyai ciri-ciri penting telefon pintar, berbeza dengan saiz dan ‘hardware’.

Fakta Tentang Galaxy J Series Mobile

Huruf J bermaksud Joy (Kegembiraan). Walau bagaimanapun, ciri-ciri baru yang tersisa atau bahan lain digunakan, dengan Samsung mensasarkan pasaran Asia atau pasaran peringkat kemasukan Eropah. Model ini dikemas kini sekurang-kurangnya setiap tahun, kemas kini atau variasi kecil dipaparkan dengan penambahan nama seperti Pro, Duos, Prime, dan lain-lain.

Sila ambil perhatian bahawa smartphone Samsung Galaxy J2 Pro ini datang dalam Blue Silver, Pink, Black, and Gold dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM499.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy J2 Pro, sila lawati laman web rasmi http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-j2-sm-j250/.

Setakat ini, koleksi ini antara yang menjadi pilihan ibubapa untuk dibelikan kepada anak-anak remaja. Tidak kurang juga, golongon yang mahukan harga yang jimat dengan kualiti okay, memilih untuk menggunakan J Series.

Kalau nak dapatkan informasi lain lebih jelas boleh jer terus hubungi talian hotline Samsung mobile, hubungi 1-800-22-8899 atau www.samsung.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.