Unboxing Smartphone Neffos C7 Malaysia Price MYR599 Lazada

Hits: 1847

Kali pertama MrJocko guna smartphone Neffos Malaysia model Neffos C5 pada dua tahun lepas. Neffos C5 adalah smartphone yang dijual dengan harga average untuk bajet pengguna level pertengahan. Kali ini, MrJocko diberi peluang untuk Unboxing Smartphone Neffos C7 Malaysia Price MYR599 Lazada.

Model Neffos C7, punyai spesifikasi semestinya lebih dari model lama Neffos C5. Paling ketara ialah processor yang lebih laju, skrin yang lebih besar dan juga RAM yang lebih bagus.

Unboxing Smartphone Neffos C7 Malaysia Price

unboxing smartphone neffos c7 malaysia

Asasnya rekaan kotak smartphone ini biasa sahaja, dengan kebiasaan model smartphone jenama lain yang ada di Malaysia. Dengan di dalam kotak, terdapat peranti smartphone, bateri, power plug, cable charger, earphone, buku manual, pin slot sim card dan tambahan percuma Screen Protector.

Baca : MrJocko review smartphone Neffos C5

unboxing smartphone neffos c7 malaysia

unboxing smartphone neffos c7 malaysia

Untuk saiz seperti ini, ia bersesuai dengan saiz tapak tangan orang Asia. Senang nak pegang atau ‘Grab’. Dengan skrin saiz 5.5″ ia memadai untuk merasai pengalaman menonton video dan gambar yang lebih menarik dan jelas.

Apa yang MrJocko suka tentang Neffos C7

1. Harga yang dikategorikan sebagai murah dan berbaloi untuk di milikki
2. Kualiti gambar kamera belakang 13MP dan kamera depan untuk selfie 8MP, cukup buang gambar ia menarik dan cantik
3. Skrin kualiti Neffos setakat ini tidak mengecewakan.

Apa yang MrJocko tidak suka tentang Neffos C7

1. Storan untuk Internal Storage 16GB sebenarnya sangat kecil untuk model tahun 2018
2. Pilihan warna yang dikeluarkan tidak menyerlah. Kenapa model dari Neffos tidak ada berwarna Silver, Hitam Matte dan juga Putih?

unboxing smartphone neffos c7 malaysia

unboxing smartphone neffos c7 malaysia

unboxing smartphone neffos c7 malaysia

Antara yang ditambah baik untuk model smartphone Neffos C7 ini, ia punyai ketahanan bateri yang lebih lama. Bateri Neffos C7 punyai kuasa 3060mAh dan boleh bertahan dalam suhu dan cuaca -20°C hingga kepanasan 60°C. Lagipun ia punya fungsi ‘batery smart power saving’.

InsyaAllah, kali ni, Unboxing Smartphone Neffos C7 dulu. Selepas seminggu dua nanti, MrJocko akan kongsi pengalaman sendiri menggunakan smartphone Neffos C7 ini. Harga jualan Neffos di Malaysia cuma RM599 sahaja dan boleh ditempah dengan pembelian online di Lazada Malaysia dan outlet rasmi yang mengambil bahagian.

Maklumat lanjut tentang model ini, smartphone Neffos C7 Malaysia boleh layari laman web rasmi http://www.neffos.com/en/product/details/C7. Lagipun di sini ada banyak gambar, infor tentang Smartphone Neffos C7 specs dan juga advantage dengan peranti terbaru Neffos ini.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.