UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun Original Dan Rare

Jepun antara negara yang mengeluarkan banyak jenama motorsikal terbaik di dunia termasuk model Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan beberapa model lain. Tak lengkap kalau motorsikal, tidak disertakan dengan aksesori dan safety equipment termasuk helmet motorsikal. Antara kedai jual helmet Arai yang popular di Jepun ialah kedai UPC Ride On di Uena. UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun Original Dan Rare menjadi lokasi tumpuan peminat motorsikal seluruh dunia.

Kedai helmet yang popular di UENO ini menjadi tumpuan kerana ia antar kedai specialist menjual helmet jenama Arai dan mempunyai kepakaran tentang helmet jenama ini termasuk punyai ratusan model helmet Arai dari harga yang biasa hingga harga puluhan ribu ringgit.

UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun

Untuk ke sini, mudah sahaja. Berhenti di UENO Station dan ia berada di sebelah kiri stesen. Kalau nak nak jalan kaki, ia hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja.

Kalau nak lebih mudah, boleh cari lokasi kedai menggunakan carian Google Maps UPC Ride On UENO

upc ride on arai specialist maps

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun_08

Masa kami ke sini, tidak rasa sangat jalan kaki ke UPC Ride On UENO Arai Specialist shop sebab masa ni musim Cherry Blossoms. Jalan bersebelahan UENO Station menyajikan pemandangan pokok dan bunga Sakura yang cantik kembang sepanjang jalan.

Di sepanjang jalan, ada juga beberapa kedai aksesori motorsikal lain dan mungkin ia menjadi lokasi tumpuan peminat aksesori helmet dan motorsikal jenama Jepun untuk dikunjungi. Namun, bagi peminat helmet Arai, kedai UPC Ride On UENO antara kedai yang menjadi tumpuan kerana sudah dikenali sejak dulu lagi.

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun

Alhamdulillah, masa singgah di UPC Ride On Ueno Kedai Helmet Arai Jepun ini, rakan-rakan yang turut serta dalam trip kali ni, temui helmet idaman mereka. Antara yang di cari ialah helmet ARAI RAM4, ARAI RX7, ARAI RX7X dan banyak lagi.

Kalau korang peminat helmet, udah pasti kalau singgah sini, sejam tak cukup. Memang berhantu bila tengok harga helmet original ARAI di sini jauh lebih mruah dari harga helmet Arai di Malaysia. Menarik lagi, kat sini, ada banyak model yang rare dan susah nak jumpa di Malaysia.

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun

UPC_ride_on_ueno_kedai_helmet_arai_jepun

Untuk yang pandai baca bahasa Jepun dan juga nak tahu pasal UPC Ride On UENO boleh layari laman web ini http://upc.ne.jp/shop/ dan Fanpage Facebook UPC Ride On https://www.facebook.com/upcrideon/?hc_ref=ARSn3h8lDZkqw3Z8Czsnq7CCX09BsCKYDc8Blzpm5PhuuKm0e7qeqY9m0Bs9qF7W32c&fref=nf

Kedai ini dibuka setiap hari bekerja bermula jam 11:00 am sehingga jam 7:30 pm dan pada hari Ahad dan Kelepasan AM pada jam 10:00 am sehingga jam 7:30 pm.

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.