Ameya-Yokocho Market Lokasi Untuk Beli Kasut Murah Di Tokyo

Setiap kali MrJocko travel ke Tokyo, UENO Station menjadi satu lokasi yang wajib untuk saya singgah. Ini kerana di sini, ada Ameya-Yokocho Market Lokasi Untuk Beli Kasut Murah Di Tokyo. Sudah banyak kali, bila ke sini, dapat beli kasuy jenama Adidas, Nike, Palladium dan juga Timberland dengan harga yang cukup murah berbanding di Kuala Lumpur.

Ameya-Yokocho Market ialah pasar terbuka di dalam kawasan Taito Ward of Tokyo, Jepan. Ia terletak berdekatan sahaja dengan lokasi Ueno Station dan juga lokasi taman terkenal Tokyo iaitu UENO Park. Tika musim Sakura, UENO Park Tokyo antara destinasi berbaloi untuk melihat rimbunan bunga Cherry Blossoms atau Sakura di Jepun.

Ameya-Yokocho Market Street Tokyo

Ameya-Yokocho Market

Pertama kali MrJocko sampai di Ameya-Yokocho Market ini pada tahun 2014 ketika mula-mula kenal negara Jepun. Masa itu, kami datang dengan rombongan syarikat Public Mutual Berhad.

Baca : MrJocko Shopping di Ameya-Yokocho Market Tokyo

Masa tu dah teruja sangat sebab kat sini umpama pasar malam yang menjual banyak barang original, berkualiti tetapi dengan harga yang murah berbanding di Malaysia.

Bab makan, menu makanan halal di sini ada banyak. Antara yang mudah nak cari ialah Kebab yang diusahakan oleh warga Turki. Harga untuk satu Kebab Ayam atau Daging termasuk Air cuma JPY600 (MYR21).

Ameya-Yokocho Market

Ameya-Yokocho Market

Ameya-Yokocho Market

Ameya-Yokocho Market

Bayangkan, kalau anda nak beli kasut berjenama, ada banyak pilihan di sini dengan harga promosi sehingga semurah JPY1000 (MYR37). Untuk produk yang lebih premium, ada kasut Adidas, Nike, Skechers, Palladium dan lain lain dijual dengan harga sekitar JPY3000 sahaja (MYR108). Sesetengahnya, lebih murah dijual kerana stok season lepas.

MrJocko pernah beli kasu Adidas Neo dan juga Palladium dengan harga cuma JPY1000 dan juga JPY3500 sahaja.

Ameya-Yokocho Market

Ameya-Yokocho Market

Ameya-Yokocho Market

kebab Ameya-Yokocho Market

Kebab Ameya-Yokocho Market

Ameya-Yokocho Market Street Tokyo ni kira luas juga. Sekelilingnya ada banyak menempatkan tempat menarik di Tokyo, termasuk kedai Don Quijote, UENO Park, UENO Street, Book Off dan banyak lagi.

Selain kasut, di Ameya-Yokocho ada jual macam-macam barangan termasuk, makanan laut, buah-buahan, barangan make up, cenderahati, alatan sukan, pakaian, cermin mata, aksesori, jam, barang kemas dan banyak lagi. Ia tentu lokasi terbaik untuk anda membeli belah di Tokyo dengan cara orang Malaysia.

Ia dibuka seawal jam 8.00 pagi dan biasanya kebanyakkan kedai akan menutup operasi mereka pada jam 8.30 malam. Pun begitu, kedai yang berdekatan seperti restoran, kedai aksesori, karaoke dan lain-lain ada yang menutup perniagaan sehingga lewat malam.

Untuk ke sini mudah sahaja, naik keretapi atau perkhidmatan bas, berhenti di UENO Station. Hanya 1 minit berjalan kaki, anda akan nampak lokasi Ameya-Yokocho Market Street Tokyo.

Info tentang Ameya-Yokocho Market boleh baca di laman web rasmi JNTO di sini https://www.jnto.go.jp/eng/spot/shopping/ameyayokochomarket.html

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.