Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Kali terakhir MrJocko dan keluarga balik ke kampung, masa Raya tahun lepas. Maknanya, dah lebih enam bulan kami tak balik Kelantan. So, masa cuti Pilihan Raya Umum Ke 14 hari tu, kami pilih untuk cuti panjang di kampung. Ini Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi.

Kali ni, ada 6 hari masa untuk kami cuti rehat di kampung. Banyak yang boleh kami buat, tetapi yang sempat kami lakukan sama-sama ialah memancing ikan puyu di taliair. Ini jer lah aktiviti paling mudah, murah dan paling best kalau duduk kampung.

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Kampung kami di Kelantan dikelilingi oleh sawah padi. Banyak tali air yang ada di sini dan banyak juga sungai kecil yang boleh kami cuba memancing. Antara ikan yang selalu dipancing di sini ialah ikan Puyu, Haruan, Lampam dan juga kadang-kadang ikan Keli.

Saiz kail untuk mancing di taliair ni unik sikit sebab ia perlu panjang. Senang nak letak di tengah taliair sebab ia bukan macam pancing yang ada mesin.

Nak kenal ikan Puyu, baca sini https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Puyu

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Dengan menggunakan cara pancing cara lama, ada umpan cengkerik dan juga pelampung kecil, kalau di dalam taliair tu ada ikan, sekejap sahaja di sentap ikan puyu atau ikan lampam.

Kalau anda nasib baik, boleh la rasa sentap ikan haruan yang lebih ganas. Lagipun, ikan haruan ni kalau dibuat ikan kering atau perkasam, lagi sedap sebab ia besar dan ada isi yang lebih.

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi

Baca Cerita MrJocko Balik Kampung

Yang paling suka aktiviti mancing ni, pastilah anak-anak MrJocko. Si Kakak dan Si Adik Hasya, mulanya biasa sahaja, tetapi lepas mereka dapat beberapa ikan Puyu, diorang dah mula seronok memancing.

Untuk kali ini, kakak Khalish dapat 5 ekor ikan puyu dan adik Hasya dapat 4 ekor ikan puyu. Yang lebih menarik, Mummy pun dapat jugak 3 ekor ikan puyu, walaupun langsung tak pandai nak letak umpan dan sentap ikan dalam taliair.

Apapun janji mereka seronok!!!

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

One Comment on “Cerita Balik Kampung Mancing Ikan Puyu Di Taliair Sawah Padi”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.