Hard Rock Cafe Pattaya Ada Offer Beli T-Shirt 4 Percuma 1

Sebenarnya, masa trip ke Pattaya, MrJocko tak perasan bahawa di sini ada satu lagi outlet Hard Rock Cafe dan Hard Rock Shop. Malam terakhir di sini, baru berkesempatan untuk ke sana. Alhamdulillah, masa singgah di sana, Hard Rock Cafe Pattaya Ada Offer Beli T-Shirt 4 Percuma 1. Apa lagi, beli la mana yang patut.

Outlet Hard Rock Cafe ini terletak di Beach Road, dekat sahaja dengan Teddy Bear Museum Pattaya. Untuk erita tentang apa yang menarik di Teddy Bear Museum boleh baca di entry ini Teddy Bear. Alang-alang dah sampai, singgah la ye!!!

Hard Rock Cafe Pattaya
 

hard rock cafe pattaya
 

Memandangkan masa free time di Pattaya, MrJocko berada di kawasan hotel Courtyard, berdekatan dengan Walking Street Pattaya. Jadi, untuk ke sana, MrJocko naik Tuk Tuk. Jauhnya sekitar 2 km dan kos untuk Tuk Tuk hanya THB100 (MYR12). Tapi, bila balik ke hotel, MrJocko naik Motorsikal Sapu, umpama Grab Motor di Vietnam atau Ojek di Indonesia. Kosnya hanya sekitar THB50 (MYR6 sahaja). Kalau nak jalan kaki balik ke Walking Street memang jauh.

Baca : MrJocko dan Cerita hard Rock Cafe
 

hard rock cafe pattaya

hard rock cafe pattaya

hard rock cafe pattaya

hard rock cafe pattaya

Koleksi T-Shirt di Hard Rock Cafe Pattaya boleh tahan banyak. Ada banyak juga rekaan terbaru, limited edition, anniversary dan juga beberapa koleksi Fridge magnet dan Pin yang rare. Sayang, masa tu dah tak ada bajet yang banyak dah, maklum la dah hari terakhir di Pattaya. Esok dah nak balik ke Kuala Lumpur.

Target asal nak beli T-Shirt Hard Rock Cafe. Rezeki kali ni bila ada promosi beli 4 helai percuma 1 helai. Jadi, bila beli T-Shirt yang member kirim, jimat la sehelai T-Shirt untuk dijadikan koleksi peribadi. 🙂

hard rock cafe pattaya

hard rock cafe pattaya

hard rock cafe pattaya

hard rock cafe pattaya

Tips untuk shopping di Hard Rock Cafe, di mana-mana outlet, sebaiknya tanya dulu kepada staff yang bertugas. InsyaAllah kalau ada promosi tu, mereka akan berkongsi dengan pembeli. Bayangkan, kalau sehelai percuma, anda sudah jimat sekitar RM100 untuk sehelai T-Shirt Hard Rock Cafe Pattaya kan?

Maklumat lanjut tentang Hard Rock Cafe Pattaya layari laman web mereka di pautan http://www.hardrock.com/cafes/pattaya/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.