Kabukicho Shinjuku Tokyo Tempat Paling Panas Di Jepun

Kabukicho di Shinjuku antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai selama 24 jam. Untuk info, di sini, Kabukicho Shinjuku Tokyo Tempat Paling Panas Di Jepun. Ia lokasi paling ramai berkumpulnya Yakuza Jepun dengan aktiviti-aktiviti harian mereka. Namun, sebagai pelancong, jangan risau, ia masih lagi lokasi selamat untuk dilawati.

Kabukichō (歌舞 伎 町) adalah daerah hiburan dan ‘red light district’ di Shinjuku, Tokyo, Jepun. Kabukichō adalah lokasi yang mempunyai banyak kelab malam, kedai judi, love hotel, kedai, restoran, dan sering disebut Bandar Tidak Tidur “Town Sleepless” (眠 ら な い 街).

Nama Kabukicho sebenarnya berasal dari tahun 1940-an, bila ada yang merancang untuk membina teater kabuki. Tetapi hingga ke beberapa tahun ia tidak berlaku, tetapi nama Kabukicho lekat hingga ke hari ini.

Kabukicho Shinjuku Tokyo Tempat Paling Panas Di Jepun

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Klook.com

Kawasan Kabukicho Shinjuku Tokyo ini mempunyai banyak bioskop dan terletak berhampiran dengan Shinjuku Station, Seibu Shinjuku Station dan beberapa stesen kereta api dan kereta bawah tanah utama lain di Tokyo.

Kenapa kawasan ini dikatakan tempat paling panas di Tokyo. Ini kerana, pada tahun 2004, menurut seorang jurucakap Metropolitan Tokyo, terdapat lebih dari 1,000 ahli yakuza di Kabukichō dan 120 perusahaan yang berbeza di bawah kendali mereka.

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Memasuki zaman milenium baru, undang-undang lebih kuat dikuatkuasakan dan rondaan menjadi lebih kerap. Ini menambahkan dengan pemasangan lima puluh kamera litar tertutup pada bulan Mei 2002, mengurangkan aktiviti jenayah di Kabukichō. Pada tahun 2004, polis menjalankan operasi menutup kelab malam haram dan pelacuran. Akibat dari itu, ramai yang sudah menutup perniagaan haram ini.

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Jika anda berjalan sekitar Kabukicho Shinjuku Tokyo, anda akan lihat banyak lagi kelab malam, kedai Pachinko, panggung wayang, dan beberapa persembahan tetapi ia adalah perniagaan yang sah di sisi undung-undang negara Jepun.

Tips untuk melawat Kabukicho, anda kena berhati-hati dan elakkan membuat bising. Jangan cuba-cuba beranikan diri untuk memasuki kelab malam di Kabukicho atau menonton persembahan 18+ rated di sini kerana dibimbangi akan ada masalah.

Jadi, untuk ke sini, cukupla hanya sekadar berjalan kaki dan melihat sekeliling Kabukicho Shinjuku Tokyo. Untuk masuk membeli belah di kedai-kedai tidak jadi masalah.

Baca : MrJocko Melancong ke Tokyo Jepun

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Kabukicho Shinjuku Tokyo

Ramai yang berpendapat, kawasan ini dijaga oleh Yakuza Jepun dan mereka adalah yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan ini, termasuk urusan menguruskan sampah dan beberapa perkara lain. Betul atau tidak, boleh semak di laman blog yang lain.

Untuk dapatkan review tentang Kabukicho Shinjuku Tokyo, boleh baca ulasan di TripAdvisor Kabukicho.Mungkin maklumat di sini boleh membantu anda untuk ke Kabukicho.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.