Singgah Minum Kopi Di Restoran Kemaman Kopitiam Kuantan

Cuti dah habis, masa untuk balik ke Kuala Lumpur. Seminggu berada di kampung rasa macam sekejap saja. Kini dah masa untuk kembali. Kali ni, kami pulang ke Kuala Lumpur dengan melalui jalan Terengganu, Pahang mengikut jalan lama, menyusuri jalan pantai. Sebab, nak Singgah Minum Kopi Di Restoran Kemaman Kopitiam Kuantan.

Kebetulan, kami melewati bandar Kuantan sekitar jam 5.00 petang. Masa sesuai untuk minum petang. Apa lagi, kami pilih untuk singgah makan roti bakar dan kopi di restoran Kemaman Kopitiam Kuantan.

Singgah Minum Kopi Di Restoran Kemaman Kopitiam Kuantan

Singgah Minum Kopi Di Restoran Kemaman Kopitiam Kuantan

Restoran Kemaman Kopitiam ni antara restoran kopitiam yang terkenal di Kuantan. Namanya pun dah boleh agak, asal kedai ini dari daerah Kemaman. Menu utama, sudah pasti Kopi Putih, Roti Bakar dan juga Telur Separuh Masak.

Yang kopi putih dan roti bakar tu, mungkin la ada menu istimewa, tapi yang Telur Separuh Masak ni apa yang special? Cuma diletakkan dalam Mug Aluminium Besar berisi Air Panas dan kena tunggu 5 minit untuk telur tu boleh dimakan.

Singgah Minum Kopi Di Restoran Kemaman Kopitiam Kuantan

Singgah Minum Kopi Di Restoran Kemaman Kopitiam Kuantan

Singgah Minum Kopi Di Restoran Kemaman Kopitiam Kuantan

Baca : MrJocko dan Food Review

Memandangkan kami cuma singgah rehat, tak order banyak. Patutnya kami cadang nak order Nasi Dagang, tetapi tak jadi pulak. Tu pun nasib baik. Sebab, rasa macam harga minuman dan makanan di Kemaman Kopitiam ni macam mahal jer.

Kami order 2 Kopi Puteh Ais (White Coffee Ice), Kopi Ais (Ice Coffee), Teh Ais (Ice Tea), Teh O Ais (Ice Teh O), 2 set roti bakar dan 3 set telur separuh masak dah kena charge RM44. Mahal ke murah? 🙂

Kualiti menu minuman macam Kopi Ais, mungkin biasa sahaja. Mungkin sebab ais banyak, sampai hilang rasa original kopi atau mungkin campuran kopi tak sebati. Roti bakar dan Telur Separuh Masak, sama jer dengan menu tempat lain, tiada special.

Mungkin lain kali, kalau la singgah sini, (tapi rasa macam kena cari option kedai makan lain selain Kemaman Kopitian), nak cuba menu Nasi Dagang Kemaman Kopitiam yang dikatakan ada keunikkan dan rasa sedap.

Nak tahu pasal Kemaman Kopitiam, boleh baca di sini Kemaman Kopitiam

Untuk MrJocko, boleh bagi 3 bintang out of 5 bintang. Boleh la dari takda. Tapi, kalau belum cuba, ada pilihan lain, try kedai lain dulu :).

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.