Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

Hits: 374

Lima tahun berlalu selepas PRU13 pada tahun 2013, kini tahun 2018, rakyat Malaysia akan memilih calon Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen baru untuk meneraju negara Malaysia. Atas rasa tanggungjawab dan semangat untuk sokong kerajaan yang adil dan berguna, MrJocko ambil keputusan untuk Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia.

Memandangkan Pilihan Raya Umum Ke 14 jatuh pada tarikh 9 Mei 2018, hari Rabu, ia adalah pilihan yang sukar untuk rancang cuti sebelum atau selepas Pilihan Raya bagi yang berkerja dengan majikan. Yang kerja sendiri seperti MrJocko, senang saja nak urus cuti seperti ini.

Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

Memandangkan dah lama tak balik kampung dan cuti sekolah ditambah pada 8 Mei 2018, MrJocko putuskan untuk segera balik ke Kelantan pada awal pagi Selasa, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14.

Seawal jam 3.00 pagi, kami dah bersiap dan meneruskan perjalanan ke Kelantan mengikut laluan Gombak, Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Selising. Laluan di lebuhraya Gombak Karak tidak la sesak, tetapi bila memasukki jalan Bentong menuju Raub dan Kuala Lipis, ia mula bergerak perlahan kerana kereta yang banyak memasuki laluan Jalan Persekutuan ini.

Alhamdulillah, sekitar jam 2.30 petang kami selamat sampai di Kampung. Perjalanan kira-kira 12 jam ini dah rasa macam perjalanan balik kampung musim perayaan pulak. Penat, tetapi puas.

Cerita Balik Kampung Mancing Puyu

Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

Sepanjang jalan memang bendera Barisan Nasional memenuhi kiri dan kanan jalanraya. Sesekali anda juga bendera Hijau yang mewakili parti PAS. Sedikit sahaja bendera Pakatan Harapan sepanjang jalan di Kelantan.

Kalau dikira dengan Bendera, nampaknya, Barisan Nasional sudah mendahului parti lain di Kelantan.

Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

Balik Mengundi Sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 Malaysia

9 Mei 2018, hari Rabu, MrJocko ke tempat pengundian sekitar jam 12.00 tengahari. Pagi tadi ramai sangat, jadi ambil peluang untuk datang mengundi masa yang agak lengang.

Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, akhirnya berjaya memangkah Satu Kertas Undi Dewan Undangan Negeri DUN Selising dan juga Satu Kertas Undi Parlimen Pasir Puteh. Selesailah tanggungjawab MrJocko kepada Negeri Kelantan dan juga Negara Malaysia.

10 Mei 2018, Keputusan Rasmi Pilihan Raya Umum Ke 14, selepas 62 tahun, akhirnya, Barisan Nasional tumbang di Malaysia. Parti Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad menang dengan kelebihan kerusi Majoriti dibawah pakatan parti Keadilan, Pribumi, Amanah dan DAP, di samping sokongan yang diterima dari parti Warisan Sabah.

Alhamdulillah, rakyat serta merta dapat Cuti Peristiwa selama 2 hari pada 10 dan 11 Mei 2018.

Semak Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.