Smartphone Honor 10 Di Malaysia Bawa Warna Aurora Harga RM1699

Hits: 701

Peminat gajet dan smartphone di Malaysia pasti akan teruja bila melihat keluaran terbaru smartphone jenama Honor. Secara rasmi, Smartphone Honor 10 di Malaysia Bawa Warna Aurora dengan Harga cum RM1699 untuk harga pasaran tempatan. Dengan harga ini, ia pasti menarik minat sesiapa sahaja.

Selepas beberapa bulan menanti, akhirnya harga rasmi smartphone Honor 10 di Malaysia ini dilancarkan secara rasmi dengan hanya berharga RM1699 sahaja. Paling cantik rasanya, model Honor 10 dengan warna Biru Phantom (Phantom Blue) dan juga Hijau Phantom (Phantom Green). Warna aurora yang berkilau melekat dipermukaan smartphone ini, menyerlahkan rekaan Honor 10.

Smartphone Honor 10 Di Malaysia

smartphone honor 10 di malaysia price

smartphone honor 10 di malaysia price

Smartphone model Honor 10 di Malaysia ini akan mula dijual secara rasmi pada 24 Mei 2018 di semua rangkaian kedai rasmi. Untuk semakan, boleh kunjungi laman web Honor Malaysia.

Promosi menarik sempena dengan ketibaan smartphone Honor 10 di Malaysia, pembeli akan menerima rebat khas bernilai RM100 (rebat GST 0%) bermula dari tempoh promosi dari 24-31 Mei 2018. Dalam tempoh tersebut, harga Honor 10 di Malaysia akan menjadi cuma RM1599 sahaja, promosi secara eksklusif sebelum akan kembali kepada harga jualan pasaran runcit asal iaitu RM1699.

Lebih menarik, bermula 24 Mei 2018 pada bermula jam 9.00 pagi di laman web Shopee Malaysia (satu hari sahaja), pelanggan yang membeli smartphone Honor 10 di Malaysia akan mendapat ‘flip cover’ dan ‘bluetooth headset’ secara PERCUMA.

honor 10 malaysia promotion

honor 10 di malaysia

honor 10 di malaysia

honor 10 di malaysia

honor 10 di malaysia

honor 10 di malaysia

Baca : MrJocko dan Smartphone Honor Malaysia

Spesifikasi Smartphone Honor 10 :

Pemproses Kirin 970 + Unit Pemprosesan Neural
Memori 4GB RAM
Penyimpanan Dalaman 128GB (Tidak Memori Tambahan)
Saiz 149.6 x 71.2 x 7.7 mm, berat 153g
Paparan FHD + 5.84 inci (19: 9 nisbah skrin ke tubuh, 1080p)
16MP (f / 1.8) + 24MP (f / 1.8) kamera belakang dua, kamera hadapan 24MP,
Ciri Pengimbas cap jari, Face Unlock, Teknologi SuperCharge, Pelekat AR, Kamera AI, Portrait Lighting, Ai Potret Mod, USB Jenis-C, Teknologi HiFi (AK4376A)
Menyokong Dual-Band Wi-Fi 802.11ac, 4G VoLTE, Bluetooth 4.2, NFC
EMUI 8.1 berdasarkan Android 8.1 Oreo
Bateri 3400mAh

Selain dari warna Phantom Blue dan Phantom Green yang baru, model Honor 10 juga datang dalam warna Midnight Black (Hitam Midnight). Kata mereka yan telah mencuba smartphone ini, fungsi dual kamera yang ada pada Honor 10 ini memang menakjubkan. Ia membolehkan penggunanya mempunyai 22 pengesanan pemandangan dan akan ada lebih banyak lagi pada masa akan datang. Tambahan pula, fungsi Pencahayaan 3D, Potret AI, Mod monokrom, Lens AR dan banyak lagi ciri-ciri kamera yang lain dipasang akan memuaskan hati sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Maklumat lanjut tentang produk ini dan promosi, boleh layari laman Facebook Fanpage Honor Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.