Kadar Tambang Teksi Di Taiwan Murah Atau Mahal

Hits: 335

Untuk pengembara, mungkin sesekali nak cuba naik teksi jika ke Taiwan. Di sini, teksi berwarna Kuning dan hampir menyerupai Yellow Cab di New York. Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan teksi yang mudah di kebanyakan bandaraya utama di Taiwan. Kadar permulaan dan meter berbeza mengikut setiap bandar, mengikut undang-undang tempatan. Tetapi perbezaan harganya agak kecil. Jadi Kadar Tambang Teksi Di Taiwan Murah Atau Mahal?

Harga tidak jauh beza berbanding di Malaysia, cuma antara masalah utama ialah kebanyakan pemandu tidak pandai berbahasa Inggeris. Majoriti mereka adalah dari golongan yang agak berusia dan hanya pandai berbahasa Mandarin. Oleh itu saya menasihatkan anda supaya menyimpan Kad Alamat Hotel atau meminta kakitangan hotel untuk menuliskan destinasi dalam bahasa Mandarin dan caj anggaran terlebih dahulu, supaya anda boleh menyerahkannya kepada pemandu kemudian. Simpan nota maklumat hotel yang anda tinggal di Mandarin juga.

Kadar Tambang Teksi Di Taiwan Murah Atau Mahal
 

Kadar Tambang Teksi Di Taiwan Mahal Atau Murah
 

Baca : MrJocko dan Pengalaman Melancong ke Taiwan
 

Kebanyakkan teksi di Taiwan menggunakan kereta jenis Toyota dan Nissan. Paling banyak saya lihat ialah model Toyota Wish, kenderaan SUV.

Tambang teksi dikenakan sedikit berbeza di seluruh negara. Setiap bandar mempunyai rate yang berbeza. Sudah pasti, di kawasan utama seperti Taipei, Kaohsiung antara kawasan yang mengenakan kadar tambang yang lebih mahal berbanding kawasan lain.

Sebagai contoh, di Taipei, 1.25km pertama adalah TWD70 (MYR9). Mulai dari itu, setiap tambahan 200m ialah TWD5 (MYR0.60). Bayaran teksi malam TWD20 (MYR2.60) lebih bagi setiap perjalanan. Teksi jauh jarak jauh di bandar tidak dikenakan biaya oleh meter. jadi, kalau anda nak gunakan Teksi untuk perjalanan jauh, sila bincang dulu bayaran dengan pemandu teksi.

Harga Tambang Minima Teksi Bandar (Normal Tariff) ialah Kaohsiung TWD85.00, New Taipei City TWD75.00, Taichung TWD85.00 dan Taipei TWD70.00. Untuk tempoh menunggu selama 1 jam (Normal Tariff) ialah Kaohsiung TWD500.00, New Taipei City TWD225.00, Taichung TWD262.50 dan Taipei TWD232.00

 

Kadar Tambang Teksi Di Taiwan
 

Sekiranya pemandu teksi anda meminta bayaran yang tidak munasabah atau melakukan sebarang tingkah laku yang tidak wajar, sila ambil perhatian namanya dan nombor keretanya, dan adakan aduan ke pejabat kenderaan bermotor tempatan atau balai polis dengan bahagian urusan luar negeri dengan menyatakan butiran seperti masa, lokasi dan perincian insiden.

Untuk memfailkan aduan terhadap salah laku di Taipei City:

Department of Transportation, Taipei City Government: +886-2-2720-8889 ext.6888
Traffic Division, Taipei City Police Department: +886-2394-9007
Taipei City Public Transportation Office: +886-2-2759-2677
To file a complaint at Taiwan Taoyuan International Airport:
To file a Taxi-related complaint: +886-3-383-4499
To file a complaint in Taichung City:
Taichung Motor Vehicle Office, Directorate General of Highways: +886-4-2691-3464
To file a complaint in Kaohsiung City:
Transportation Bureau, Kaohsiung City Government: +886-7-229-9865

Maklumat lanjut tentang operasi Teksi di taiwan boleh baca di pautan link ini Taiwan Taxi dan juga anggaran harga tambang teksi di sini Taiwan Taxi Fares.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.