Kembara Hardcore Cara Orang Muda Dari Negara Eropah

Sepanjang saya mula belajar kembara sejak dari 25 tahun yang lepas, banyak yang saya belajar dari pengembara dari Eropah. Rata-rata mereka, boleh dikatakan antara pengembara yang Hardcore. Kembara Hardcore Cara Orang Muda Dari Negara Eropah agak unik berbanding pengembara dari negara lain.

Ramai yang saya temui berasal dari United Kingdom, German, Kanada, Amerika Syarikat, Sweeden dan beberapa negara lain, sanggup kembara selama 6 bulan hingga setahun ke negara-negara tertentu untuk meneroka dunia dengan hanya membawa wang yang sederhana dan menggunakan konsep backpackers.

Kembara Hardcore Cara Orang Muda Dari Negara Eropah
 

Kembara Hardcore Cara Orang Muda
 

Memulakan perjalanan kembara sepanjang tahun boleh menakutkan bagi mereka yang tidak biasa. Ia pasti satu pengalaman yang mencabar. Bayangkan selama 6 bulan hingga setahun dua, mereka mengelilingi dunia melalui negara-negara dunia ketiga kerana ia lebih murah dan berpeluang untuk kerja sambilan.

Apa yang saya faham tentang cara mereka kembara seluruh dunia ialah melalui beberapa cara seperti :

Pilih Destinasi
Pengembara akan memilih dulu destinasi pilihan mereka dan semestinya mereka memilih negara yang lebih murah seperti Asia dengan perjalanan yang kurang VISA untuk memudakan mereka bergerak dari satu negara ke negara yang lain. Dalam usaha memilih destinasi yang tertentu, mereka akan senaraikan 5 tempat yang mereka pilih anatra yang terbaik. Kemudian, mereka akan senaraikan kebaikan dan keburukannya negara yang akan dikunjungi dan bersedia untuk memilih untuk kali terakhir. Destinasi yang paling murah, mudah dan senang adalah destinasi pilihan akhir mereka

Mengambil Insurans Perjalanan
Pengembara yang bijak sentiasa bersedia lebih awal. Ramai antara mereka akan mengambil polisi Insurans sebagai persediaan jika ditimpa bencana dan masalah kesihatan. Ada antara mereka, membuat pilihan menggunakan polisi daripada beberapa polis terbaik untuk kegunaan manfaat dasar dan pengecualian perubatan.

Bajet Belanjawan
Sama ada perjalanan selama 1 bulan atau sehingga 12 bulan, mereka merancang belanjawan dan berpegang kepada perkara itu, lebih penting dari segalanya. Sebab itu, hotel bajet, pakej bajet serta DIY menjadi pilihan mereka, dan paling popular ialah cara backpackers. Namun, sesetengah pelancong sering membuat kesilapan untuk membelanjakan wang mereka pada satu masa dan hasilnya perlu pulang lebih awal dari yang dijangkakan. Walaupun menyeronokkan untuk berbelanja mewah di negara asing, tetapi ramai antara mereka akan cuba simpan wang tambahan sekiranya berlaku kecemasan.

Simpan Salinan Dokumen Penting
Perkara terakhir seseorang yang penting ketika perjalanan di luar negara ialah dokumen perjalanan. Dokumen perjalanan seperti Passport atau Visa, adalah dokumen penting. Jadi, kemana sahaja mereka pergi, dokumen ini akan sentiasa bersama mereka. Mereka akan menjaga elok-elok dokumen asal dan juga salinan dokumen. Kalau hilang, di curi, atau rosak, masalah akan menyusahkan pengembara untuk tempoh masa yang lama.

Cari Kerja
Tidak semua, tetapi ramai juga pengembara mengambil peluang menggunakan tempoh berada di negara orang untuk berkerja buat seketika untuk mengumpul wang, bagi meneruskan perjalanan mereka seterusnya. Dengan berkerja sebagai part timer, mereka bukan sahaja menerima sedikit wang tambahan, tetapi ia juga akan memperkenalkan mereka kepada penduduk setempat dan meningkatkan pengalaman mereka di negara orang.
 

Kembara Hardcore Cara Orang Muda
 

Baca : MrJocko dan Travel Bajet

Tidak kira lelaki atau wanita, ramai pengembara yang Kembara Hardcore Cara Orang Muda Dari Negara Eropah ini sanggup meredah kepayahan semata-mata untuk mengelilingi dunia. Semata-mata nak jimat, mereka sanggup tidur di kaki lima, makan bercatu, menumpang kereta dan meminta belas ihsan serta macam-macam lagi.

Ada beberapa pengembara yang saya jumpa, meninggalkan negara mereka selama 2 – 3 tahun untuk berada di Negara Asia. Kata mereka, Asia antara negara yang penuh dengan budaya, makanan dan destinasi menarik seluruh dunia.

Untuk mereka yang nak Travel Bajet ke Eropah, boleh baca artikel ini https://www.ytravelblog.com/how-to-travel-europe-budget

Anda mungkin kenal mereka yang pernah kembara hardcore seperti ini. Apa kata kongsi cerita mereka untuk dijadikan inspirasi kepada orang lain.

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.