Menjenguk Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Antara yang menyumbang kepada cerita sejarah menarik tentang Selangor ialah terletak di Kuala Selangor. Sebab itu, peluang kali ini, Menjenguk Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor, satu pengalaman kami sekeluarga yang berharga. Selangor antara negeri di Malaysia yang tersenarai dalam negeri maju dan mendahului negeri lain sejak beberapa tahun. Nilai sejarah Selangor juga padat dengan cerita yang menarik.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor ini terletak diatas puncak Bukit Malawati (Bukit Melawati) dan mempunyai beberapa coretan sejarah yang boleh anda baca dan selami, lebih lebih lagi tentang penubuhan kerajaan Selangor.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
 

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
 

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor terletak kira-kira 73 km dari bandar Kuala Lumpur, 53 km dari bandar Shah Alam dan 40 km dari Bandar DiRaja Klang. Pada mulanya, bangunan muzium itu merupakan Pejabat Rasmi Pejabat Pegawai Daerah Kuala Selangor yang lama, tetapi kini diubah suai menjadi ruang Muzium Sejarah menempatkan beberapa bahan berkaitan dengan sejarah Kuala Selangor dan Selangor.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor mengumpulkan semua sejarah yang berkaitan dengan Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran terawal Selangor dan juga permulaan Institut Diraja Selangor yang dicipta oleh Raja Lumu (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766. Terdapat 7 bahagian muzium yang menjelaskan kronologi sejarah Kuala Selangor.

Baca : MrJocko dan Cerita Negeri Selangor
 

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Bangunan Muzium Sejarah
Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Keris tinggalan Sejarah Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Pistol di Zaman Kerajaan Lama Selangor

 

Tiket masuk ke sini adalah Percuma, kerana ia termasuk dengan bayaran masuk ke Bukit Melawati. Ia dibuka pada jam 8.30 pagi dan ditutup pada jam 5.30 petang. Ruang pameran ini tertutup dan berhawa dingin untuk keselesaan pelancong.
 

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
 

Walaupun kami sekeluarga bukan orang Selangor, tetapi dengan serba sedikit pengetahuan tentang sejarah Kerajaan Selangor yang lama, ia memberikan kami sedikit
perasaan bangga tentang sejarah penubuhan kerajaan Selangor sebelum ini dan juga perjuangan orang Selangor dalam penubuhannya.

Yang paling menarik, bila melihat sendiri contoh tinggalan sejarah seperti, pakaian lama, senjata tradisional, pistol, meriam dan beberapa lagi barang tinggalan sejarah terdahulu. Ya, Selangor pun punyai sejarah menarik untuk diceritakan kepada umum.

Nak tahu tentang Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor ini, boleh layari laman web rasmi Muzium Sejarah ini di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.