Tawaran Terhad Tambang All Inclusive British Airways UOB Malaysia

Kerjasama dari syarikat penerbangan British Airways dan United Overseas Bank (UOB) Malaysia menawarkan Tawaran Terhad Tambang All Inclusive British Airways UOB Malaysia kepada semua pemegang kad UOB ke destinasi bandar terpilih di Eropah dan Amerika Utara.
 
Banyak destinasi percutian Eropah dan Amerika Utara yang popular pilihan rakyat Malaysia ditawarkan untuk promosi kali ini termasuk destiansi London, Edinburgh, Manchester, Amsterdam, Barcelona, ​​Dublin, Geneva, Madrid, Nice, Paris, Frankfurt, Rom, Reykjavik, New York dan juga Boston.

Tawaran Terhad Tambang All Inclusive British Airways UOB Malaysia
 

Tambang All Inclusive British Airways UOB Malaysia
 
 
Harga promosi tambang ‘all-inclusive’ ke London bermula dari harga serendah RM2,856 untuk kelas ekonomi (World Traveller) dan cuma RM5,775 pada ekonomi premium (World Traveler Plus) serta harga tambang RM12,622 untuk Business Class (World Club).
 
Pemegang kad UOB boleh menikmati tawaran eksklusif ini apabila mereka menempah kelas ekonomi World Traveller, Kelas Ekonomi Premium (Word Traveler Plus) dan tiket kelas perniagaan (World Club) dari sekarang hingga tarikh akhir pembelian 12 Julai 2018 di laman web rasmi www.ba.com/uobmy dengan menggunakan Kad Kredit UOB atau Kad Debit UOB mereka. Tawaran eksklusif ini khas disediakan untuk penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara tarikh 11 Jun 2018 sehingga tarikh 31 Mac 2019.
 

Tambang All Inclusive British Airways UOB Malaysia 02

Tambang All Inclusive British Airways UOB

Tambang All-Inclusive British Airways UOB Malaysia 02
 

Baca : MrJocko dan British Airways

MrJocko sendiri, teringin untuk ke United Kingdom dengan menaiki pesawat British Airways. Ada banyak review yang mengatakan tentang penerbangan British Airways ini ada keunikkan tersendiri. Namun, hingga kini belum ada rezeki lagi nak jejak kaki ke United Kingdom. Bila agaknya nak dapat tawaran seterusnya, untuk sertai Media Trip ke United Kingdom?

Semua penerbangan British Airways dari Kuala Lumpur ini akan terbang ke hab yang telah memenangi banyak anugerah syarikat penerbangan di London Heathrow Terminal 5 di mana pelanggan boleh menikmati sambungan penerbangan seterusnya tanpa stres ke pelbagai bandar di seluruh United Kingdom, Eropah dan juga Amerika Syarikat.
 
Jadi, apa tunggu lagi. Untuk anda yang ada Kad Kredit dan Kad Debit UOB, boleh beli tiket murah British Airways dan kumpul mata sekarang. Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila lawati laman sesawang ba.com/uob

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.