Tanah Gunung Berapi Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan

Ramai yang mungkin tidak berkesempatan ke Taipei. Nak kongsi, sebenarnya Taipei juga ada banyak destinasi pemandangan menarik yang boleh anda lawati. Antara yang jadi tumpuan utama ialah keunikkan tanah sulfur panas tanah Gunung Berapi Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan.

Terletak hanya kira-kira 24km dari Taipei Station, kawasan tanah tinggi ini menjadi salah satu destinasi mesti lawat kalau ke Taipei. Memandangkan ia terletak di atas tanah tinggi, cuaca di sini juga memang lebih nyaman dan sejuk, tambah lagi bila tiba musim Winter.

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan
 

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan
 

Xiaoyoukeng adalah kawasan landskap geologi pasca-gunung berapi dan terletak di pergunungan, sebelah bahagian barat laut Qixing. Kawasan ini, masih lagi dalam dalam kawasan Taman Negara yang diberi nama Yangmingshan National Park Taiwan.

Jejak untuk ke sini boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas danjuga memandu sendiri. Di kawasan ini, ada pemandangan yang indah boleh dilihat dengan berpaling ke arah perhentian Xiaoguanyin menghadap ke Lebuhraya Yangjin. Terletak kira-kira 805 meter di atas paras laut dan terkenal dengan fumaroles, kristal sulfur, mata air panas dan rupa bumi ‘landslide’ yang dibentuk oleh aktiviti pasca-gunung berapi.
 

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan 08

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan
 

Sebagai tambahan kepada destiansi pelancongan di Xiaoyoukeng sendiri, telah dibina sebuah platform tontonan (observation deck) di sini yang juga menawarkan pemandangan gunung berapi Gunung Zhuzi, Gunung Datun, Gunung Qixing dan juga Gunung Xiaoguanyin, serta pemandangan pantai Jinshan, Taiwan.

Pengunjung yang juga peminat alam flora dan fauna, anda boleh luangkan masa untuk menghabiskan beberapa minit dengan berjalan kaki di sekitar laluan Pokok Buluh (Arrow Bamboo Trail) yang cantik. Kawasan ini juga mempunyai beberapa lagi pandangan menarik tumbuhan lain yang hidup subur di kawasan gunung berapi.

Bersebelahan dengan tempat letak kereta Xiaoyoukeng ini, ada menawarkan akses laluan ke Gunung Qixing (Mount Qixing), yang mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke puncak. Gunung Qixing ini terletak pada ketinggian 1,120 meter di atas paras laut, ia adalah puncak tertinggi di kawasan Taipei City.

Baca : MrJocko dan Trip ke Taipei
 

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan

Xiaoyoukeng Yangmingshan National Park Taiwan
 

Bau sulfur memenuhi sekitar kawasan ini. Air panas mengalir dan di beberapa tempat ada yang dibuat kolam kecil dan ia seakan menggelegak kepanasan. Tapi kawasan ini tidak dibenarkan untuk anda memasak telur rebus seperti lokasi kolam air panas lain.

Banyak lagi yang boleh anda nikmati di kawasan Xiaoyoukeng Yangmingshang National Park Taiwan ini, seperti mengambil jalan Puncak Timur apabila turun yang akan membawa anda ke Taman Qixing, Kolam Menghuan dan Lengshuikeng, yang menawarkan pemandangan cantik di sekitar Gunung Shamao dan pusat bandar Taipei.

Pusat pelawat, tempat letak kereta kedua Yangmingshan dan Stesen Bas Yangmingshan semuanya dapat anda lihat di jalan yang sama. Jadi, tak perlu risau kalau nak ke Xiaoyoukeng Yangmingshang National Park Taiwan, kerana ia memang destinasi mudah akses dan menarik untuk semua peringkat umur.

Untuk info lain, boleh baca di http://english.ymsnp.gov.tw/index.php?option=com_tourmap&view=tourmap&id=21&gp=0&Itemid=511

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.