Cuti-Cuti Malaysia Yang Menarik Di Bukit Melawati Kuala Selangor

Hits: 794

Selangor, antara destinasi pelancongan dalam Malaysia yang masih mempunyai banyak destinasi menarik dan murah untuk dikunjungi. Untuk perkongsian kembara cuti dalam Malaysia kali ini, MrJocko nak ceritakan tentang Cuti-Cuti Malaysia Yang Menarik Di Bukit Melawati Kuala Selangor.

Bukit Melawati atau nama asalnya ‘Bukit Malawati’, punyai banyak kisah tersurat dan sejarah yang ramai tidak tahu. Antara sejarah yang terkenal seperti kisah Makam Sultan, Batu Hampar, pusara Panglima Hitam dan busut Malawati.

Selain itu, terdapat telaga tujuh, telaga beracun, tangga seratus, padang silat, meriam serta gua simpanan harta istana seperti keris, lembing dan barang berharga.

Yang Menarik Di Bukit Melawati Kuala Selangor

Bukit Melawati Kuala Selangor
 

Mengikut sejarah, Bukit Melawati (Bukit Malawati) ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim pada Julai 1784. Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.
 

Bukit Melawati Kuala Selangor


 

Dari Kuala Lumpur, jika anda memandu kereta, ia akan hanya memakan masa selama 1 jam 15 minit dengan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor. Perjalanan sejauh 73km ini akan melalui ladang kelapa sawit dan juga perkampungan di sekitar Kuala Selangor.

Perjalanan lebih selesa dengan Pemanduan Kereta Hyundai Elantra. Boleh baca di entry ini.

Jadi, kalau dari Kuala Lumpur, percutian satu hari ke sini memang sangat sesuai. Atau kalau berminat untuk bermalam, boleh la cuba untuk cari pakej Homestay murah sekitar Bukit Melawati Kuala Selangor atau hotel bajet. Waktu malam, boleh cuba menu makanan laut di Kuala Selangor selain aktiviti Melihat Kunang-Kunang (Firefly).

 

Bukit Melawati Kuala Selangor

Bukit Melawati Kuala Selangor

Bukit Melawati Kuala Selangor

Bukit Melawati Kuala Selangor

Bukit Melawati Kuala Selangor
 

Ruang parkir di kaki Bukit Melawati Kuala Selangor disediakan secara Percuma. Untuk naik ke atas puncak, bayaran masuk adalah RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Ia mula dibuka dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

Bayaran Tiket ini adalah termasuk dengan pakej menaiki Tram atau Keretapi dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Melawati. Ya, ia satu pengalaman terbaik untuk semua pelancong, menaiki Tram selama lebih kurang 10 minit, mengujakan hingga ke puncak.

Pemandangan di puncak memang menarik, yang mana ia boleh memberikan anda melihat pemandangan sehingga ke Selat Melaka. Di waktu yang terang dan tiada berkabus, anda mungkin boleh melihat sempadan Indonesia dengan menggunakan teropong.

Maklumat lanjut boleh baca di Laman Majlis Daerah Kuala Selangor

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.