Amir Halal Foods Pattaya Muslim Restaurant Bang Lamung District

Sepanjang jalan menghadap laut di Beach Road Pattaya, ada banyak restoran makanan seafood. Tetapi tak banyak yang betul-betul menyediakan menu makanan Halal Muslim. Ada, tetapi hanya beberapa restoran sahaja. Untuk kali pertama ke Pattaya, kami pilih untuk makan malam di Amir Halal Foods Pattaya Muslim Restaurant Bang Lamung District.

Restorang Halal Muslim di Pattaya ini terletak kira-kira 3 km dari Pantai Pattaya dan ia memerlukan sekitar 15 minit dengan pemanduan kereta. Kalau anda naik motorsikal, pasti lebih cepat.

Amir Halal Foods Pattaya Muslim Restaurant
 

Amir Halal Foods Pattaya
 

Kedudukan restoran Amir Halal Foods Pattaya ini hanya di tepi jalan besar. Jangan risau, kalau anda ikut peta dari Google Maps, senang sahaja nak cari restoran Halal Muslim ini.

Kalau ikutkan, restoran ini mampu memuatkan sekitar 100 pelanggan dalam satu masa. Ruang makan pun agak luas dan bleh di katakan selesa dengan beberapa lagi ruang tambahan di sediakan disebelah dalam restoran.

Ada ruang untuk solat disediakan untuk pelanggan Muslim dan kemudahan lain juga nampak seperti bersih dan teratur.
 

Amir Halal Foods Pattaya

Amir Halal Foods Pattaya
 

Menu Restoran Amir Halal Foods Pattaya ni lebih kurang sama dengan kebanyakkan menu masakan seafood Thailand. Menu utama yang di cari di restoran seperti ini ialah menu seafood dan semestinya menu Ikan Siakap atau Ikan Kerapu.

Untuk kali ni, semasa menginap di Pattaya, kami mencuba menu Ikan Kerapu 3 Rasa, Sotong, Ayam Goreng Sos, Tomyam Putih, Kerabu Mangga dan Telur Dadar. Cukup kan untuk 6 orang?

Untuk menu di Restoran Amir Halal Foods Pattaya, paling melekat ialah menu Tomyam Putih. Tak tahu apa resipi Tomyam Putih yang disediakan, seperti menu Singgang, tetapi dalam ada seafood yang ada rasa sedikit halia. Sangat sedap dan terbaik.

Baca : MrJocko dan Pengalaman Melancong ke Pattaya
 

Amir Halal Foods Pattaya Muslim Restaurant

Amir Halal Foods Pattaya Muslim Restaurant
 

Untuk review lain tentang restoran Amir Halal Foods Pattaya, boleh baca di komen TripAdvisor Amir Halal Foods.

Kalau nak cari alamat Amir Halal Foods Pattaya, boleh tuju ke alamat ini Pattaya City, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.