Condom Vending Machine Di Thailand Satu Pieces Cuma THB20 Sahaja

Selain dari pusat pelancongan popular di dunia, Thailand juga sangat aktif dalam industri seks atau hubungan jenis yang menjadi salah satu dari bidang kerja ramai rakyat Thailand, khususnya golongan wanita. Untuk mengelakkan dari penyebaran penyakit kelamin dan gejala lain berkaitan, di sini ada Condom Vending Machine Di Thailand yang mana untuk satu pieces kondom, cuma berharga THB20 sahaja.

Kalau yang dijual di kedai biasa lebih murah dari ini, tetapi memandangkan ia dijual di dalam Vending Machine, harganya mungkin nampak seperti lebih mahal sedikit.

Condom Vending Machine Di Thailand
 

Condom Vending Machine Di Thailand
 

Selama MrJocko di Thailand, paling banyak diletakkan Condom Vending Machine di Thailand ialah di dalam tandas lelaki dan juga tandas perempuan. Lokasi ini antara lokasi popular diletakkan condom vending machine dengan meletakkan beberapa jenama kondom untuk kegunaan mereka yang ‘memerlukan’.

Kalau di Thailand, siap ada lagi ‘guide’ atau aturan yang memberi panduan kepada pengguna untuk memilih saiz kondom, jenama kondom yan terbaik, harga kondom di Thailand dan juga kedai mana yang menawarkan harga dan servis terbaik. Untuk info, boleh layari link ini Thailand Condom Guide.

Antara jenama yang biasa anda boleh jumpa di Thailand ialah Durex, Playboy, Onetouch Condoms, Lifestyles dan Okamoto. Kalau kita kat Malaysia, paling popular ialah Durex. Yang lain jarang dengar.
 

Condom Vending Machine Di Thailand

Condom Vending Machine Di Thailand
 

Selain dari Vending Machine dalam Tandas, kondom juga boleh korang beli di kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Familymart, Tesco Lotus, Watson dan kebanyakkan kedai runcit.

Untuk info tambahan, jika sekiranya anda menginap di hotel 3, 4 dan 5 Bintang, ada kemudahan Kondom disediakan di dalam bilik. Kena bayar atau tidak, bergantung kepada hotel. Biasanya ada charge tambahan. Kalau hotel 5 Bintang, selalunya PERCUMA. Hahaha…

Baca : MrJocko dan Percutian di Thailand

Blogpost ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda dalam aktiviti seks bebas atau hubungan jenis luar batasan, tetapi sekadar informasi kepada semua. Segalanya mungkin akan berada diluar kawalan sekiranya anda tidak dapat mengawal diri bila berada di negara Thailand, antara syurga dunia yang terkenal.

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.