Harga Tiket Promosi Tahun Ke 10 AirAsia Cuma 10 Sen Sahaja

Lama tak terbang bercutia luar negara? Jangan risau, ini masa untuk korang semua dapatkan harga tiket murah dari AirAsia. Samada penerbangan AirAsia dalam negeri atau penerbangan AirAsiaX jauh keluar negara, sekarang tengah ada Harga Tiket Promosi Tahun Ke 10 AirAsia Cuma 10 Sen Sahaja untuk hampir ke semua destinasi pilihan AirAsia.

Bermula dengan harga RM15.10 all-in (tidak termasuk bagasi dan insurans), anda boleh terbang dengan AirAsia dari KLIA menuju ke destinasi dalam negeri, termasuk ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar dan Pulau Pinang. Untuk ke Langkawi, cuma RM25 sahaja.

 
Harga Tiket Promosi Tahun Ke 10 AirAsia Cuma 10 Sen Sahaja
 

Sementara ia baru dilancarkan, apa kata terus kita survey harga tiket murah untuk ke destinasi AirAsia serata dunia. Mungkin kali ini kita boleh beli tiket ke Hua Hin, Thailand, satu destinasi baru di lokasi Pantai Timur Thailand yang dikatakan antara Bandar Di Raja Thailand yang semakin popular.

Harga tiket ke Hua Hin Thailand dengan AirAsia bermula dari RM90 untuk sehala. Boleh baca entry MrJocko tentang Hua Hin di sini.

Atau jika anda plan untuk main salji, kita boleh rancang percutian ke Jeju Island pada bulan Disember 2018 atau Januari 2019 tahun depan dengan penerbangan terus AirAsiaX dengan harga serendah RM154 sahaja. Murah tu!!!
 

Harga Tiket Promosi Tahun Ke 10 AirAsia Cuma 10 Sen Sahaja
 

Mungkin korang peminat pulau dan laut, boleh cuba dapatkan tiket ke Male, Maldives dengan harga bermula dari RM290 untuk satu hala. Untuk yang ingin merasai menu big saiz dengan pilihan Fish and Chips di Western Australia, boleh ke Perth dengan harga tiket bermula dari RM226 sahaja.

Tidak lupa, peminat negara Jepun, ada juga tawaran harga tiket murah ke Osaka – Kansai dengan harga tiket bermula dari RM310 sahaja bagi sehala. Atau, untuk yang ingin meneroka keindahan negara China yang terkenal dengan banyak kisah sejarah peperangan termasuk lagenda The Great Wall of China, boleh terbang ke Beijing dengan hanya promosi tiket serendah RM310 sahaja.

Promosi tiket murah di AirAsia kali ini juga, boleh anda guna dengan menebus AirAsia Big Points untuk tiket penerbangan terpilih.

Maklumat lanjut tentang promosi tiket murah AirAsia dan AirAsiaX boleh layari laman web www.airasia.com atau Fanpage AirAsia.

Apa lagi nak tunggu, tempah tiket penerbangan anda sekarang sebelum kehabisan…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.